Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Polis tidak kompromi jenayah libat hidupan liar
Published on: Thursday, February 26, 2026
Published on: Thu, Feb 26, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Polis tidak kompromi  jenayah libat hidupan liar
TENGGILING dan hidangan yang dirampas sebelum ini.
SEMPORNA: Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti memburu, memiliki, menjual atau menghidangkan hidupan liar sebagai makanan eksotik.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Tan Hiap Wah berkata pihaknya memandang serius siasatan berhubung dakwaan penjualan serta penyediaan hidangan eksotik melibatkan hidupan liar dilindungi di beberapa resort di daerah ini.

Supt Tan.

Advertisement
Beliau berkata aktiviti sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Tan, pangolin atau tenggiling (Manis javanica) disenaraikan sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual I dan tiada lesen atau permit pernah dikeluarkan kepada mana-mana individu atau premis, termasuk pengusaha pelancongan, untuk memiliki, menyimpan, menjual atau menyediakan haiwan itu sebagai makanan.

Katanya, kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 25(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan jika disabitkan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta hukuman penjara antara satu hingga lima tahun mengikut Seksyen 25(3)(a).

Advertisement
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi sebarang aktiviti menyalahi undang-undang serta menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar bagi memelihara warisan semula jadi daerah ini dan reputasinya sebagai destinasi pelancongan.

Tan turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan atau penyediaan hidangan eksotik melibatkan spesies dilindungi supaya menyalurkannya kepada pihak polis atau agensi penguat kuasa berkaitan, sambil memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Advertisement
“Kami akan terus menjalankan pemantauan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjaga ketenteraman awam,” katanya.

Baru-baru ini, operasi serbuan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah bersama Pasukan Gerakan Am di sebuah resort di Semporna menemui hidangan eksotik yang dipercayai melibatkan hidupan liar dilindungi.

Pasukan tersebut turut merampas seekor tenggiling hidup serta beberapa hidangan yang disyaki mengandungi haiwan dilindungi, manakala tiga individu ditahan bagi membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here