Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lebih RM15 juta diperuntuk penuhi piawaian FC Wisma Muis
Published on: Wednesday, February 25, 2026
Published on: Wed, Feb 25, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Lebih RM15 juta diperuntuk penuhi piawaian FC Wisma Muis
MOHD Arifin (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan FC daripada Mohd Pisar (dua dari kanan) kepada Malai (empat dari kanan) di majlis itu.
Kota Kinabalu: Lebih RM15 juta dibelanjakan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) sepanjang tempoh lima tahun bagi memenuhi piawaian Sijil Perakuan Bomba ‘Fire Certificate’ (FC) ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke atas bangunan Wisma Muis.

Exco Agama Islam  Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata antara usaha dilaksanakan termasuklah menyediakan sistem pemasangan keselamatan dan kelengkapan menentang kebakaran selain membaik pulih segala kemudahan berkaitan.

Advertisement
“Wisma Muis sudah berusia 44 tahun sejak dibina pada tahun 1982 dan kali terakhir memperolehi FC pada tahun 1990  sebelum pembaharuan dibuat pihak  bomba bagi memperolehi FC terbaharu ini.

“Hal ini penting bagi memastikan bangunan Wisma Muis sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk ditempati,” katanya selepas sesi penyerahan sijil perakuan keselamatan itu pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penyerahan FC itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Pisar Aziz kepada Timbalan Yang Dipertua (YDP) Muis Datuk Malai Ali Malai Ahmad. 

Sementara itu Mohd Pisar berkata JBPM Sabah merekodkan sebanyak 497 bangunan dikategorikan sebagai Premis Ditetapkan dan menerusi jumlah itu 401 premis atau 80 peratus daripadanya memiliki FC setakat Disember 2025 lalu.

Advertisement
Menurutnya sebanyak 47 premis yang dikategorikan Premis Ditetapkan itu adalah bangunan kerajaan termasuklah Wisma Muis.

“Pemeriksaan penguatkuasaan sekali setahun akan terus dijalankan untuk kategori bangunan ini bagi memastikan sistem pepasangan keselamatan kebakaran berfungsi dengan baik.

Advertisement
“Pada masa sama kita juga mahu memastikan amalan keselamatan turut berada pada tahap memuaskan,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya Wisma Muis sebagai salah satu mercu tanda institusi Islam di Sabah boleh menjadi teladan kepada premis-premis lain dalam mematuhi undang-undang dan piawaian keselamatan kebakaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here