Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Rampasan dadah lebih RM1.2 juta di Penampang
Published on: Wednesday, February 25, 2026
Published on: Wed, Feb 25, 2026
By: Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Rampasan dadah lebih RM1.2 juta di Penampang
SAMMY (tengah) menunjukkan rampasan itu.
PENAMPANG: Dadah dipercayai syabu seberat 25.7 kilogram (kg) dengan nilai dianggarkan melebihi RM1.28 juta dirampas dari sebuah kondominium di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata pihaknya menerima panggilan mengenai beberapa kotak mencurigakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan di lobi kondominium berkenaan.

Advertisement
Menurutnya, sepasukan anggota polis dihantar untuk menjalankan pemeriksaan sebelum menemui bahan berbentuk kristal disyaki methamphetamine yang dibungkus dalam 24 paket di dalam empat kotak.

“Barangan dirampas untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kami kini sedang memburu suspek,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama membantu polis membanteras jenayah, termasuk kesalahan berkaitan dadah di daerah ini, serta menggesa masyarakat terus menjadi mata dan telinga pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Baru-baru ini, polis turut melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah utama menerusi rampasan 537.804kg pelbagai jenis narkotik bernilai RM69.6 juta serta penahanan empat warga tempatan di Penampang dalam Op Bayu 2.

Advertisement
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah itu bermula dengan penahanan dua lelaki di T1 Bundusan pada 5 Feb lalu, apabila 101.7kg methamphetamine disyaki bernilai RM5.66 juta ditemukan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Serbuan susulan di Millennium Heights, Forest Hill Residences dan Taman Seri Rasa di Luyang kemudian menemukan jumlah dadah yang lebih besar termasuk syabu, serbuk ekstasi, pil ekstasi, ketamin dan Eramin 5, selain peralatan dipercayai digunakan untuk pembungkusan semula dadah.

Advertisement
Empat suspek, termasuk tiga lelaki dan seorang wanita, kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala beberapa kenderaan, telefon bimbit serta wang tunai turut dirampas sebagai bahan bukti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here