Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Penduduk kongsi detik cemas gegaran 10 saat
Published on: Tuesday, February 24, 2026
Published on: Tue, Feb 24, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penduduk kongsi detik cemas gegaran 10 saat
Lokasi pusat gempa di luar pesisir Kudat.
GEGARAN gempa bumi yang melanda perairan Kota Kinabalu selama 10 saat tengah malam Isnin mencetuskan keadaan panik dalam kalangan penduduk di sekitar daerah itu dan Putatan.

Pemandu e-hailing Jalius Majin, 45, berkata ketika kejadian beliau sedang berehat di ruang tamu di rumahnya di tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan.

Advertisement
Beliau berkata keadaan yang pada mulanya tenang bertukar cemas apabila sofa yang didudukinya secara tiba-tiba bergoyang dengan kuat, disusuli bunyi derakan pada dinding dan bumbung bangunan.

“Gegaran itu berlaku dalam tempoh lebih kurang 10 saat tetapi terasa sangat lama. Kipas siling di ruang tamu berayun laju dan bingkai gambar bergegar. Ini adalah gempa bumi agak kuat berbanding yang pernah kami rasa sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan pemeriksaan di kawasan pesisir dan berisiko tinggi susulan gempa bumi kuat itu.Beliau yang menyedari bahaya itu segera mengejutkan isteri dan tiga anak mereka yang sedang nyenyak tidur, sebelum mereka sekeluarga bergegas turun menggunakan tangga kecemasan menuju ke kawasan tempat letak kereta.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan Kota Kinabalu di sini pada 12.57 tengah malam, namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Advertisement
Pembantu klinik Clarice Eve Mojigoh, 28, yang tinggal bersama ibunya di tingkat enam perumahan sama pula berkata beliau baru sahaja mahu melelapkan mata selepas pulang bekerja.

Beliau tersedar apabila mendapati pintu almari pakaian di biliknya terbuka dengan sendiri akibat pergerakan bangunan.

Advertisement
“Cermin tingkap pun bergegar dan saya rasa pening kerana terhoyong-hayang. Terus saya dapatkan ibu dan membawanya turun ke bawah,” katanya, yang hanya sempat membawa bersama lampu suluh dan telefon bimbit.

Sementara itu, pekerja syarikat pembersihan Md Zamri Yusof, 32, berkata detik cemas tengah malam itu berlaku ketika beliau baru sahaja selesai mengunci pintu stor simpanan peralatan di sebuah blok komersial di Aeropod, Tanjung Aru di sini.

Pada awalnya, beliau menyangka rasa pening dan berpusing yang dialaminya berpunca daripada keletihan melampau selepas bekerja syif malam, namun sangkaannya meleset sama sekali apabila menyedari lantai koridor tempatnya berdiri mula berayun.

“Gegaran itu berlarutan sekitar 10 saat tetapi ayunannya membuatkan saya terpaksa berpaut pada besi penghadang koridor. Saya nampak pintu gulung besi (roller shutter) premis di sepanjang tingkat itu bergegar dan mengeluarkan bunyi berkeriut yang bising,” katanya.

Menyedari ancaman gempa bumi yang agak kuat itu, Md Zamri tanpa berfikir panjang terus membatalkan niatnya untuk menggunakan lif dan berlari turun menyelamatkan diri melalui tangga.

Gegaran itu rata-rata dirasai penduduk di kawasan Kota Kinabalu dan kawasan sekitar, terutamanya yang tinggal di bangunan bertingkat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here