PAPAR: Usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) digesa menaik taraf produk serta kaedah mengendalikan perniagaan agar kekal relevan dan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar.
Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra berkata sektor industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan antara tulang belakang ekonomi tempatan utama di Sabah.
“Kita sedia maklum bahawa usahawan merupakan penggerak utama ekonomi tempatan.
“Perniagaan kecil dan sederhana di kampung-kampung serta pekan menjadi nadi kepada pusingan ekonomi setempat.






