Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Naik taraf 17 kompleks sukan, stadium diteliti
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Naik taraf 17 kompleks sukan, stadium diteliti
PENAMPANG: Kerajaan Negeri Sabah sedang meneliti keperluan menaik taraf kira-kira 17 kompleks sukan dan stadium di negeri itu, susulan beberapa siri lawatan bagi menilai tahap penyelenggaraan serta keadaan kemudahan sukan sedia ada.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar) berkata usaha itu bertujuan memastikan fasiliti sukan setiap kompleks sukan dan stadium berada dalam keadaan selesa serta selamat digunakan oleh orang ramai.

Advertisement
Beliau berkata antara yang dikenal pasti memerlukan perhatian ialah trek larian di Stadium Penampang memandangkan kemudahan sedia ada berada dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan serta kerja naik taraf.

“Belum dapat lagi berapa anggaran kos dan masih pada peringkat penilaian. Saya telah meminta pegawai kementerian khususnya Lembaga Sukan membuat penilaian dan anggaran bagi membolehkan permohonan peruntukan dikemukakan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini bagi memastikan kemudahan trek larian di Stadium Penampang dapat dibaiki demi memberikan keselesaan kepada atlet atau orang ramai yang menggunakannya,” katanya kepada pemberita, malam Selasa.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Iftar dan Sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf, anak yatim serta ibu tunggal anjuran Pertubuhan Masyarakat Interaktif Suara Sabah dan Pertubuhan Kebajikan Cahaya Sabah, di sini.

Advertisement
Mengulas lanjut, Nizam berkata setakat ini beliau telah meninjau keadaan di tiga kompleks sukan di Sabah, iaitu Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Kompleks Sukan Penampang dan Kompleks Sukan Sandakan.

Beliau berkata kebanyakan kompleks sukan berkenaan memerlukan penyelenggaraan dan kerja naik taraf.

Advertisement
“Saya juga turun meninjau keadaan (pembinaan) Kompleks Sukan Tongod yang terbengkalai. Kementerian telah mengambil tindakan dengan menamatkan kontrak kontraktor berkaitan dan akan menawarkan (semula) kontrak kepada syarikat baharu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here