SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan jabatan itu.
Individu berkenaan dikenali sebagai Asmi Anak Belong, 34, dengan alamat terakhir Rumah Junis, Jalan Stok, Sarikei, Sarawak.
Advertisement

Manakala seorang lagi individu dicari ialah Terry Oswald Lim Kuo Wei, 39, dengan alamat terakhir Kampung Kepayan, Kota Kinabalu.
Dalam satu kenyataan Jumaat, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, pencarian kedua-dua individu ini dibuat di bawah Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 iaitu pembolosan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi 089-212222 atau talian gerakan 019-2182060, talian hotline 089-242222, Pegawai Penyiasat 014-5916717 atau mana-mana balai polis berdekatan.