Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Balai Cerap Al-Biruni berpotensi jadi pusat falak, pelancongan ilmu: Ketua Menteri
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
Text Size:
Text:
Balai Cerap Al-Biruni berpotensi jadi pusat falak, pelancongan ilmu: Ketua Menteri
USTAZ Bungsu (tengah) semasa proses cerapan, diiringi Arifin (kanan), Isnin (kiri) dan Shahelmey (kedua, kiri).
PUTATAN: Balai Cerap Al-Biruni berpotensi dibangunkan sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan ilmu falak serta astronomi yang komprehensif di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata balai cerap itu boleh dijadikan pusat pendidikan berdaya saing, berteknologi tinggi serta destinasi pelancongan ilmu (astro-pelancongan) yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Advertisement
“Bagi merealisasikan hasrat ini, aspek infrastruktur perlu diperkasa dan dilengkapkan dengan kemudahan yang benar-benar bersedia serta mematuhi tahap sewajarnya.

“Ini termasuk penambahbaikan fasiliti cerapan, ruang pameran interaktif, dewan pembelajaran, kemudahan pengunjung serta akses yang lebih mesra pelancong.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan negeri sedia membantu agar balai cerap ini muncul sebagai antara ikon pelancongan ilmu di Sabah,” katanya pada Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadan, Syawal dan Zulhijjah) Peringkat Negeri Sabah 1447H/2026, Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Arifin Mohd Arif.

Advertisement
Hajiji turut menyatakan keyakinan bahawa melalui perancangan strategik serta kerjasama pelbagai pihak, balai cerap berkenaan mampu menjadi kebanggaan umat Islam dan seluruh rakyat Sabah.

“Semoga generasi muda melihat bidang falak dan astronomi mempunyai ruang luas untuk diterokai serta berpotensi menjadi kerjaya yang menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata Majlis Rukyah Hilal Ramadan kali ini berjalan lancar dan berharap umat Islam menyambut Ramadan dengan penuh keimanan serta ketakwaan.

“Kita jadikan Ramadan sebagai wadah pengabdian diri kepada Allah SWT dan peluang berubah menjadi insan lebih baik dengan meninggalkan perkara sia-sia.

“Saya berharap umat Islam di Sabah meningkatkan amalan, memperkukuh kesatuan masyarakat serta mengelakkan perpecahan walaupun kecil, selain bersama-sama mengimarahkan Ramadan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih; Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Seri Yahya Hussin; Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari dan Adun Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here