Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Rumah kedai, 4 rumah terbakar
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Rumah kedai, 4 rumah terbakar
Kota Kinabalu: Tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat di Beverly Hills Bundusan, Penampang, musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Anggota bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.51 malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang tiba di lokasi pada 8.58 malam. Kebakaran berjaya dikawal pada 9.22 malam.

Advertisement
Seramai 29 anggota bomba dari balai Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran air.

Anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Persatuan Bulan Sabit Merah turut berada di lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tiada mangsa dilaporkan cedera. Operasi ditamatkan pada 10.28 malam selepas pasukan bomba mengesahkan tiada lagi bahaya di lokasi.

Sementara itu, pada Selasa, empat rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru.

Advertisement
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 2.54 petang dan tiba di lokasi, kira-kira 3 kilometer dari balai, empat minit kemudian.

Seramai 29 anggota bomba dari balai Kota Kinabalu dan Putatan, dibantu 27 anggota Pasukan Bomba Komuniti Tanjung Aru, dikerahkan ke lokasi.

Advertisement
Operasi diketuai PPgB Mohammad Hannis Moktar bersama PPgB Rony Sikawan. Pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah turut hadir. Agensi lain yang terlibat ialah APM dan Sabah Electricity.

Kebakaran dikawal pada 3.25 petang dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Kapsyen: RUMAH kedai yang terbakar.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here