Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lampoopalooza 2026 ubah Jalan Gaya jadi lebih meriah
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
Text Size:
Text:
Lampoopalooza 2026 ubah Jalan Gaya jadi lebih meriah
Kota Kinabalu: Edisi keempat Lampoopalooza memeriahkan Jalan Gaya hujung minggu lalu apabila limpahan cahaya berwarna-warni, kreativiti dan suasana perayaan menarik kehadiran orang ramai serta mengubah antara jalan paling ikonik di Kota Kinabalu di kawasan Pusat Perniagaan (CBD) menjadi ruang sambutan yang meriah.

Dilancarkan pada Sabtu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, Lampoopalooza 2026 terus berperanan sebagai platform kreatif yang menghimpunkan inovasi, ekspresi seni dan penyertaan komuniti di tengah-tengah bandar raya.

Advertisement
Sepanjang malam itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan ‘projection mapping’ yang memukau dipancarkan ke bangunan bersejarah Lembaga Pelancongan Sabah (STB) serta struktur bangunan berhampiran, menjadikan fasadnya sebagai kanvas dinamik cahaya dan pergerakan.

Pengalaman visual menakjubkan itu turut diserikan dengan persembahan langsung barisan artis tempatan termasuk Isobahtos, Eylia Guntabid, Ryenald Guntabid, Masmona dan DJ Tony Starr, sekali gus menambah tenaga serta sentuhan cita rasa tempatan dalam sambutan terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jafry berkata festival itu mencerminkan usaha berterusan untuk mengaktifkan ruang bandar dan mewujudkan pengalaman menarik yang dapat dirasai penduduk tempatan serta pelawat.

“Acara berasaskan bandar seperti Lampoopalooza melengkapi tarikan semula jadi dan budaya Sabah dengan menawarkan pengalaman urban kontemporari yang menarik minat pelbagai lapisan pengunjung.

Advertisement
“Dengan mengubah ruang awam yang biasa dilihat menjadi persekitaran imersif, inisiatif sebegini membantu membentuk identiti bandar yang lebih dinamik dan berkesan dalam ingatan.

“Menjelang Tahun Melawat Sabah 2027, kita mahu program seperti Lampoopalooza terus berkembang, menjadi lebih besar, lebih gemerlapan dan lebih berimpak pada tahun hadapan,” katanya.

Advertisement
Jafry turut menggalakkan rakyat Sabah agar berbangga dengan acara tempatan dan berkongsi pengalaman mereka secara aktif bagi membantu mempromosikan budaya, kreativiti dan tarikan Sabah kepada pelawat dari dalam dan luar negara.

Lampoopalooza juga merupakan inisiatif berteraskan komuniti di bawah tanggungjawab sosial korporat STB dengan artis tempatan menggunakan bahan lestari untuk menghasilkan dekorasi festival dan instalasi seni, yang kemudiannya akan disumbangkan kepada komuniti untuk digunakan semula.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai; Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Mary Malangking serta Timbalan Setiausaha Tetap II Datin Dr Cleopatra Asing dan Mayor Kota Kinabalu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Julinus Jeffery Jimit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here