Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Masyarakat Cina rakan strategik kerajaan bangun negeri: Hajiji 
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
Text Size:
Text:
Masyarakat Cina rakan strategik kerajaan bangun negeri: Hajiji 
Hajiji berkata Tahun Baharu Cina yang melambangkan nilai kekeluargaan, perpaduan, dan harapan baharu bukan sekadar mencerminkan kekayaan warisan budaya masyarakat Tionghua, malah menjadi wadah yang memperkukuh keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum di Sabah.  
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru masyarakat Tionghua di negeri ini agar menjadi rakan strategik pembangunan untuk membina Sabah yang berdaya maju. 

Hajiji, dalam perutusannya sempena Tahun Baharu Cina 2026, menggesa masyarakat itu agar menjadi rakan kemajuan serta terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan Sabah. 

Advertisement
Beliau berkata aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk terus memperkasa Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) bagi memacu pertumbuhan ekonomi, modal insan, dan kesejahteraan rakyat.  

“Melalui SMJ 2.0, kita memastikan kemajuan ini bersifat inklusif untuk semua dan kemakmuran negeri dinikmati secara inklusif tanpa mengira kaum dan latar belakang rakyat, kerana perpaduan adalah kunci utama kestabilan dan kemakmuran negeri ini,” katanya.   

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata Tahun Baharu Cina yang melambangkan nilai kekeluargaan, perpaduan, dan harapan baharu bukan sekadar mencerminkan kekayaan warisan budaya masyarakat Tionghua, malah menjadi wadah yang memperkukuh keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum di Sabah.  

Katanya, 2026 yang disambut sebagai Tahun Kuda Api membawa simbol tenaga, keberanian, dan inovasi.  

Advertisement
“Semangat ini menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju dengan perancangan tersusun dan kerjasama erat demi pembangunan Sabah yang mampan dan seimbang. 

“Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Tionghua di Sabah khususnya dan di seluruh negara amnya,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here