Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Komuniti Cina Lumadan, Sipitang terima sumbangan Tahun Baharu Cina
Published on: Sunday, February 15, 2026
Published on: Sun, Feb 15, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Komuniti Cina Lumadan, Sipitang terima sumbangan Tahun Baharu Cina
RUSLAN (dua dari kanan) dan Matbali (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pengerusi tokong di majlis itu.
BEAUFORT: Sebanyak RM20,000 diperuntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumdan Datuk Ruslan Muharam bagi sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) dalam satu program di Pejabat Adun Lumadan.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Penternakan dan Industri Makanan berkata peruntukan di bawah Adun Lumadan itu diagihkan kepada tokong serta pemimpin masyarakat cina di kawasan terbabit.

Advertisement
Menurutnya program seumpama itu merupakan acara tahunan pihaknya sejak enam tahun lalu bagi berkongsi keceriaan bersama masyarakat Cina sekali gus mengeratkan lagi keharmonian antara kaum.

“Peruntukan ini antaranya disalurkan masing-masing RM500 untuk enam buah tokong termasuk RM300 untuk setiap lima orang ketua masyarakat Cina dan dua orang Pengerusi Jawatan Kuasa Dalam Bandar (JKDB) .

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita juga menyampaikan limau kepada lebih 400 Ketua Isi Rumah (KIR) masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Tahun Baru Cina Dun Lumadan dan Parlimen Sipitang pada Jumaat.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia (Sabah) Datuk Matbali Musah yang turut menyalurkan bantuan sama di majlis itu.

Advertisement
Sementara itu Matbali yang ditemui berkata sebanyak RM75,000 diperuntukan pihaknya di bawah peruntukan parlimen bagi sumbangan kepada semua tokong dan Dewan Perniagaan Cina di kawasan Parlimen Sipitang.

Katanya selain merupakan program tahunan pihaknya turut menyalurkan sumbangan limau untuk semua KIR masyarakat di kawasan tersebut.

Advertisement
“Sumbangan seumpama ini bukan sempena Tahun Baru Cina saja tetapi untuk perayaan lainnya seperti Hari Raya Aidilfitri dan Krismas kerana Sabah adalah wilayah yang unik.

“Justeru diharap sumbangan sempena Tahun Baru Cina ini dapat memberi keceriaan kepada masyarakat yang menyambut seterusnya terus mengekalkan keharmonian sesama kita,” katanya. – Iskandar Dzulkifli
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here