Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Bapa maut, anak cedera nahas jalan raya di Sandakan
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Bapa maut, anak cedera nahas jalan raya di Sandakan
Tempat kejadian.
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 55 tahun maut manakala anak perempuannya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Labuk, Batu 9, di sini, pada pagi Rabu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ranchanna Hujang, yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Advertisement
Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.40 pagi dalam keadaan hujan.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Raman berkata anak perempuan mangsa yang berusia 17 tahun mengalami patah bahu kiri dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori Nissan UD, Proton Iriz dan Toyota Avanza.

Lori berkenaan dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah Batu 8 menuju ke Batu 32.

Advertisement
Semua mangsa dibawa ke HDOK Sandakan untuk rawatan.

George berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori ditahan reman bagi membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here