Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Nizam mahu kemudahan sukan di tahap terbaik
Published on: Thursday, February 12, 2026
Published on: Thu, Feb 12, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Nizam mahu kemudahan sukan di tahap terbaik
NIZAM (keempat dari kiri) bersama Wahyu yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
SANDAKAN: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mahu penambahbaikan segera dilakukan terhadap beberapa fasiliti di Kompleks Sukan Sandakan bagi memastikan kemudahan sukan di daerah ini berada pada tahap terbaik dan selesa digunakan.

Beliau berkata, antara yang diberi perhatian utama adalah dewan gimnastik serta kolam renang yang akan dimasukkan dalam skop kerja kementerian tersebut tahun ini.

Advertisement
Menurutnya, kolam renang yang ketika ini tidak berbumbung wajar diberi perhatian khusus dan disenaraikan dalam skop tender bagi meningkatkan keselesaan pengguna, terutama atlet yang menjalani latihan intensif setiap hari.

Mengulas kekangan penyelenggaraan, Nizam mengakui terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan pembaikan namun berdepan kekangan kewangan. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagaimanapun, kementeriannya akan berusaha mendapatkan peruntukan sama ada daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan bagi memastikan fasiliti sukan di Sabah sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Kompleks sukan adalah imej kementerian. Jika penyelenggaraan tidak memuaskan, ia mencerminkan kelemahan pengurusan. Sebab itu saya mengambil pendekatan turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar kemudahan sukan,” katanya.

Advertisement
Beliau ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke kompleks berkenaan pada Rabu, yang merupakan sebahagian daripada jelajah rasmi beliau ke seluruh negeri sejak dilantik menerajui kementerian itu.

Katanya, Sandakan sememangnya dikenali sebagai antara daerah yang berjaya melahirkan atlet berprestasi tinggi sehingga mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Advertisement
“Ini satu pencapaian yang membanggakan. Tanggungjawab kita adalah menyediakan kemudahan dan platform terbaik agar mereka dapat berlatih dengan selesa. 

“Kemudahan yang baik akan menjadi suntikan semangat kepada atlet untuk terus berusaha mencapai kejayaan lebih gemilang,” katanya.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyaksikan sesi latihan atlet gimnastik dan renang negeri yang sedang giat membuat persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) yang dijadual berlangsung pertengahan tahun ini.

“Saya melihat sendiri kesungguhan atlet-atlet kita. Mudah-mudahan mereka mampu menyumbang pingat emas kepada Sabah,” katanya.

Semasa sesi lawatan tersebut, Nizam turut menyantuni seorang perenang para remaja berasal dari Sandakan iaitu Wahyu Eqwal Nazrey yang meraih beberapa kejayaan besar seperti pingat emas dalam acara 50m kuak lentang, 100m gaya bebas dan acara 50m gaya bebas di Sukan Para Remaja Asia (AYPG) Dubai 2025. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here