Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Peniaga didenda jual kopi mengandungi tadalafil 
Published on: Thursday, February 12, 2026
Published on: Thu, Feb 12, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Peniaga didenda jual kopi mengandungi tadalafil 
Sebagai penjual Amanullah didakwa melanggar Seksyen 13B(1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(c) Akta Makanan 1983 dan dituduh di bawah Seksyen 13B(4) akta sama.
Kota Kinabalu: Seorang peniaga berusia 33 tahun didenda RM3,500 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana menjual produk kopi yang mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983.

Amanullah Abdullah mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan menjual Brazilian Pronto Coffee Blend (jenama Oasis) yang didapati mengandungi tadalafil sebanyak 646mg bagi setiap kilogram di premis Leyman Enterprise, Asia City pada 27 Ogos 2025 jam 10 pagi.

Advertisement
Sebagai penjual Amanullah didakwa melanggar Seksyen 13B(1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(c) Akta Makanan 1983 dan dituduh di bawah Seksyen 13B(4) akta sama.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman maksimum denda RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pegawai pendakwa kesihatan Arnila Ahmad ketika mengemukakan fakta kes berkata pegawai makanan yang diberi kuasa menjalankan operasi pensampelan makanan rutin di premis tersebut di bawah Jadual Pensampelan Keselamatan dan Kualiti Makanan 2025.

Setibanya di lokasi pegawai memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan pemeriksaan kepada pemilik premis Amanullah sebelum meminta untuk memeriksa kawasan penyimpanan makanan dan memantau proses pensampelan.

Advertisement
Satu sampel Brazilian Pronto Coffee Blend (jenama Oasis) dibeli dengan harga RM330 dan resit dikeluarkan.

Produk itu kemudian dibahagikan kepada tiga bahagian, dimeterai menggunakan pelekat sampel rasmi dan dilabelkan sewajarnya.

Advertisement
Satu sampel diserahkan kepada Amanullah untuk simpanan, satu lagi disimpan di Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu manakala sampel ketiga dihantar melalui kurier ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pulau Pinang untuk analisis.

Keputusan ujian makmal kemudian mengesahkan kehadiran tadalafil sebanyak 646mg per kilogram dalam produk tersebut.

Bahan itu tidak dibenarkan dicampurkan ke dalam makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyebabkan produk berkenaan gagal mematuhi keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan undang-undang kata pihak pendakwaan.

Dalam rayuannya Amanullah yang tidak diwakili peguam berkata beliau tidak mengetahui produk tersebut mengandungi bahan terlarang menambah bahawa pembekal telah menarik balik produk itu dan beliau mengalami kerugian.

Arnila menegaskan bahawa tadalafil ialah ubat untuk merawat disfungsi erektil dan kehadirannya dalam produk makanan adalah dilarang oleh undang-undang sambil menyatakan bahawa menjual produk sedemikian kepada orang ramai merupakan kesalahan serius.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here