Kota Kinabalu: Sebuah syarikat berpangkalan di Sabah, Sedafiat Sdn Bhd, bakal memodenkan serta memindahkan kemudahan pengurusan sisa klinikalnya di Sabah dengan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi meningkatkan keselamatan, pematuhan alam sekitar dan kecekapan perkhidmatan.
Sedafiat merupakan syarikat konsesi yang dilantik untuk mengurus perkhidmatan sokongan hospital di Sabah dan Labuan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, KKM menyokong sepenuhnya komitmen dan inisiatif Sedafiat dalam mentransformasikan perkhidmatan pengurusan sisa klinikalnya.
Beliau berkata komitmen Sedafiat untuk menambah baik operasi, termasuk rancangan memindahkan loji sedia ada ke lokasi yang lebih sesuai dan mesra alam, selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Advertisement





