Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Pelan interim Pelabuhan Sapangar untuk mengatasi isu kesesakan sementara menunggu projek pembesaran siap
Published on: Saturday, February 07, 2026
Published on: Sat, Feb 07, 2026
Text Size:
Text:
Pelan interim Pelabuhan Sapangar untuk mengatasi isu kesesakan sementara menunggu projek pembesaran siap
Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar.
Kota Kinabalu: Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah telah merangka dan menyelaras Pelan Tindakan Interim untuk mengatasi masalah kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar. 

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata pelan itu merupakan langkah mitigasi sementara menunggu penyiapan projek pembesaran pelabuhan yang sedang dijalankan. 

Advertisement
“Pelan interim yang diluluskan oleh Jemaah Menteri (Sabah) ini memberi tumpuan kepada pengoptimuman kapasiti sedia ada, pengurusan aliran kontena yang lebih cekap serta penguatkuasaan peraturan operasi pelabuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ewon.

Ewon berkata antara langkah utama yang dirangka adalah penyediaan tapak kontena tambahan sementara bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan kontena dan mengurangkan kesesakan di kawasan pelabuhan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kemudahan ini dijangka mula beroperasi pada penghujung Mac 2026, tertakluk kepada penyempurnaan kerja penyediaan tapak dan keperluan operasi berkaitan.

“Kadar tarif penyimpanan kontena yang disemak semula juga akan dilaksanakan bagi menggalakkan pelepasan kontena dengan lebih pantas, seterusnya mengurangkan kesesakan di kawasan penyimpanan kontena,” katanya.

Advertisement
“Kerajaan Negeri juga akan memperkukuh penguatkuasaan terhadap kontena yang melebihi tempoh simpanan yang dibenarkan.

“Rekod menunjukkan sebanyak 120 kontena telah melepasi tempoh simpanan yang ditetapkan, termasuk 103 kontena yang telah dilepaskan oleh Jabatan Kastam tetapi masih berada di pelabuhan, sebahagiannya lebih daripada setahun,” katanya.

Advertisement
Sehubungan itu, Seksyen 46 Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) 1981 akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelupusan atau lelongan kontena-kontena tersebut.

Selain itu, dalam usaha meningkatkan kadar pusing ganti kontena, tempoh simpanan percuma bagi kontena semasa musim puncak akan dikurangkan daripada lima hari kepada tiga hari.

Ewon berkata bagi menyokong kelancaran operasi logistik, satu tapak parkir trailer di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah dikenal pasti untuk digunakan. 

“Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kesesakan di kawasan pelabuhan serta melancarkan pergerakan keluar masuk trailer dan kontena.

“Semua syarikat pengangkutan yang terlibat akan diwajibkan menggunakan Sistem Tempahan Kenderaan (VBS) secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada keperluan operasi, bagi menyusun pergerakan kenderaan secara lebih terancang dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan pelaksanaan pelan tindakan interim itu penting dari sudut keperluan operasi segera dan membawa impak langsung terhadap pengurangan kesesakan. 

“Kementerian yakin langkah tersebut mampu mengekalkan daya saing Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, memastikan kelangsungan rantaian bekalan, serta memelihara keyakinan pemain industri dan pelabur sehingga pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar disiapkan sepenuhnya.

“Saya akan memantau secara peribadi pelaksanaan Pelan Tindakan Interim ini dan terus berinteraksi dengan semua pihak berkepentingan, termasuk mereka yang bertanggungjawab terhadap projek pembesaran pelabuhan yang telah mengalami kelewatan,” tambahnya.

Ewon juga berkata beliau akan melawat Pelabuhan Sandakan dan Pelabuhan Tawau sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik pengurusan pelabuhan di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here