Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Penceroboh UMS dipenjara 9 bulan, denda RM2,500
Published on: Friday, February 06, 2026
Published on: Fri, Feb 06, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penceroboh UMS dipenjara 9 bulan, denda RM2,500
Kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang menceroboh bangunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan niat untuk mencuri kabel, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM2,500.

Kegagalan membayar denda tersebut akan menyebabkan hukuman penjaranya ditambah empat bulan lagi.

Advertisement
Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Soffrie Amiluddin yang mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya, Khamis.

Tertuduh didakwa menceroboh Bangunan Sistem Penyejukan, Fakulti Kejuruteraan pada jam 5.30 pagi, 31 Januari tahun ini, di UMS, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengikut pertuduhan, dia menceroboh bangunan milik UMS dengan niat untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mohd Soffrie diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapannya.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 26 Disember 2025, telah dikesan tiga unit chiller FPT dan beberapa jenis kabel dipotong oleh individu tidak dikenali, menyebabkan sistem chiller gagal berfungsi dan mengganggu operasi di kawasan berkenaan.

Advertisement
Kabel yang terlibat ialah pita tembaga pembumian (10 meter), kabel 165mm (220 meter) dan kabel 70mm (5 meter).

Satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan polis itu, pengadu dalam kes ini bersama beberapa anggota Polis Bantuan UMS telah menahan seorang lelaki yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Mohd Soffrie di kawasan berkenaan.

Pasukan turut menemui satu alat pemotong logam, sepasang sarung tangan getah dan sepasang kasut bersama Mohd Soffrie dan semua barangan itu diserahkan kepada polis.

Mohd Soffrie mengaku dia memasuki bangunan tersebut tanpa kebenaran dengan niat untuk mencuri kabel.

Inspektor Yusdi Basri tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here