Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditemui mati di luar rumah
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
Text Size:
Text:
Lelaki ditemui mati di luar rumah
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Kampung Nosoob Baru, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima laporan berhubung penemuan itu sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan garaj rumah tersebut sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurut beliau, pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiada kesan pergelutan, pencerobohan atau unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian, dan tiada kecederaan luaran yang mencurigakan ditemui pada tubuh mangsa,” katanya.

Sammy berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Advertisement
“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan rasmi bedah siasat,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan meminta kerjasama mana-mana individu yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here