Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Jaminan bank RM250,000 ‘drastik’ bagi agensi umrah
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: Wu Vui Tek
Text Size:
Text:
Jaminan bank RM250,000  ‘drastik’ bagi agensi umrah
Kota Kinabalu: Persatuan Agensi Umrah dan Haji Sabah (PAUHS) mengambil serius pelaksanaan jaminan bank sebanyak RM250,000 sebagai syarat pembaharuan lesen agensi umrah.

Presiden PAUHS Nor Azmi Abi Shafian (gambar) berkata pihaknya menghormati niat kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus industri, meningkatkan integriti dan memastikan perlindungan menyeluruh kepada jemaah. 

Advertisement
Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas terhadap sebarang agensi yang terlibat penipuan, pecah amanah atau gagal menunaikan tanggungjawab kepada pelanggan perlu dilaksanakan tanpa kompromi.

Bagaimanapun Nor Azmi menyatakan bahawa pelaksanaan jaminan bank yang tinggi secara menyeluruh menimbulkan kebimbangan terhadap keseimbangan dan kelestarian jangka panjang ekosistem industri umrah terutamanya di Sabah dan Sarawak. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya pendekatan ini berisiko menjadikan industri semakin didominasi pemain besar berkapital kukuh seterusnya mengehadkan peluang operator kecil dan sederhana yang telah lama beroperasi secara etika.

“Jika tidak disemak semula, polisi ini boleh mencorakkan landskap industri kurang kompetitif di mana kekuatan modal menjadi penentu utama kelangsungan, bukan integriti atau kualiti perkhidmatan. 

Advertisement
“Keadaan sebegini boleh melemahkan dinamik pasaran dan menghakis semangat keusahawanan dalam kalangan operator tempatan,” katanya.

Beliau menambah berdasarkan pemerhatian industri kes penipuan umrah lebih kerap melibatkan agensi di Semenanjung manakala kes melibatkan operator Sabah dan Sarawak adalah jarang.

Advertisement
Oleh itu polisi menyeluruh yang tidak mengambil kira corak risiko berbeza boleh menimbulkan persepsi ketidakadilan dan membebankan operator Borneo secara tidak wajar.

PAUHS mencadangkan beberapa langkah untuk mencapai keseimbangan:

Mengiktiraf instrumen perlindungan alternatif seperti skim insurans yang memberi jaminan kepada jemaah tanpa menjejaskan kemampuan kewangan operator kecil.

Libat urus industri yang lebih menyeluruh dan terstruktur sebelum polisi dimuktamadkan.

Pendekatan penguatkuasaan berasaskan data dan risiko yang menumpu kepada agensi bermasalah, memastikan operator berintegriti tidak terbeban.

Nor Azmi menekankan bahawa industri umrah bukan sekadar sektor ekonomi tetapi amanah dalam mengurus perjalanan ibadah umat Islam. 

Beliau berharap pertimbangan sewajarnya diambil demi kepentingan jemaah, industri dan negara.

“Dengan semakan teliti pada tahap ini kita boleh membentuk ekosistem industri yang lebih kukuh, berdaya tahan dan adil untuk semua pihak berkepentingan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here