Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Hajiji ambil alih jawatan Pengerusi TAED
Published on: Wednesday, February 04, 2026
Published on: Wed, Feb 04, 2026
Text Size:
Text:
Hajiji ambil alih jawatan Pengerusi TAED
PANDIKAR (kiri) menyerahkan dokumen sebagai tanda simbolik penyerahan jawatan Pengerusi Taed kepada Hajiji.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil alih jawatan Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED) pada Selasa.

Pengerusi terdahulu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyerahkan tugas berkenaan kepada Ketua Menteri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Kinabalu.

Advertisement
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh, Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Mayor Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Philemon Lajawai.

Sementara itu, Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah tahun ini. Perkara itu dibincangkan ketika delegasi jabatan itu, diketuai Pengarahnya Mohd Yusni Mohamed Ali, membuat kunjungan hormat kepada Hajiji di Menara Kinabalu di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kerjasama strategik itu merangkumi temu bual naratif khas bersama Ketua Menteri yang menggariskan hala tuju dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk negeri dan rakyat.

Mohd Yusni turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program TV dan radio untuk mempromosikan Sabah seperti Sabah Berselawat, Bintang Sandakan, dan Sabah Vfm Songs Award, yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu.

Advertisement
Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Radio) Artika Matbee, Penolong Pengarah (Penerbitan TV) Effa Dian Ali, Penolong Pengarah (Berita Ehwal Semasa) Sugiman Rafai serta Penolong Pengarah (Cawangan Khidmat Pengurusan) Sarinah Abdul Hamid.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here