Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sabah bergelar juara keseluruhan
Published on: Tuesday, February 03, 2026
Published on: Tue, Feb 03, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah bergelar juara keseluruhan
PASUKAN muaythai negeri termasuk pegawai dan ibu bapa bersama piala dan pingat mereka.
Kota Kinabalu: Pasukan Sabah mempamerkan kehebatan seni mempertahankan diri mereka pada Edisi Ke-4 Bintulu Amateur Muaythai Challenge (BAMC Vol. 4) yang berlangsung hujung minggu lalu di Paragon, Naim Street Mall, Bintulu, Sarawak, apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan mengagumkan 11 pingat emas.

Kejayaan terbaharu itu dicapai susulan persembahan cemerlang atlet dari kategori remaja dan senior.

Advertisement
Bagi kategori remaja, atlet yang dibangunkan menerusi Program Pembangunan Remaja Persatuan Muaythai Sandakan (PMS) menyumbang enam pingat emas melalui Muhammad Syuqhrieyyan Syah Abdullah – 45-48kg (15 tahun), Dheafathonah Syafiee Yusin – 30-31kg (11 tahun), Muhammad Amin Syah Andre Narul Haizad – 38-41kg (14 tahun), Muhammad Rayyan Raffiq Bahruddin – 51-54kg (15 tahun), Fadzli Abdul – 54-57kg (15 tahun) dan Sharif Ryan Iskandar Omar – 48-51kg (15 tahun).

Presiden PMS Mohd Ajman Ajmain berkata kejayaan berkenaan menonjolkan keberkesanan program pembangunan akar umbi yang dilaksanakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Fokus kami sentiasa kepada pembinaan asas yang kukuh di peringkat remaja. Kejayaan memenangi enam pingat emas pada kejohanan ini membuktikan bahawa program pembangunan junior Sandakan membuahkan hasil dan menyumbang secara langsung kepada kejayaan keseluruhan Sabah,” katanya.

Dalam kategori senior pula, atlet yang bertanding di bawah program Sabah Sukma 2026 berjaya merangkul lima pingat emas dalam kategori terbuka menerusi Mohammad Khairul Ariffin – 67kg Terbuka, Nur Iman Madley – 51kg Terbuka, Kerry Dryan Jafili – 71kg Terbuka, Sammy Yong Feng Yue – 45kg Terbuka (wanita) dan Mohd Izack Devid – 57kg Terbuka.

Advertisement
Ketua Jurulatih Cyrille Dhillon Tahing berkata BAMC Vol. 4 menjadi medan ujian penting terhadap struktur pembangunan remaja serta persiapan pasukan menghadapi Sukma 2026.

“Keputusan ini menunjukkan kami berada di landasan yang betul, namun masih banyak yang perlu diperbaiki bagi meningkatkan konsistensi dan tahap kesediaan menghadapi pertandingan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, DSHA Muayfit Club Tawau yang menyertai kejohanan terbabit di bawah bendera mereka sendiri turut menyerlah apabila meraih tiga pingat emas menerusi atlet junior Mohammad Faliq Herlis, Harith Dazzel Hari Irwan dan Derylino Dedy.

Presiden Persatuan Muaythai Sabah Hj Nazri Ab Razak yang kagum dengan prestasi keseluruhan atlet berkata kejayaan terbaharu itu mencerminkan saluran pembangunan bakat yang tersusun, bermula dari peringkat remaja dan seterusnya membuka laluan ke Sukma 2026.

“Prestasi cemerlang pada BAMC Vol. 4 ini mengukuhkan lagi reputasi Sabah sebagai antara negeri Muaythai terkemuka di Malaysia dan kami komited menyokong program berstruktur bagi memastikan Sabah kekal kompetitif di peringkat tertinggi.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here