Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Bank diminta permudah urusan rakyat miliki rumah
Published on: Monday, February 02, 2026
Published on: Mon, Feb 02, 2026
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Bank diminta permudah urusan rakyat miliki rumah
FAIRUZ ketika meninjau bilik pameran projek Grand Meridian.
PENAMPANG: Kerajaan Negeri menggesa institusi kewangan menambaik syarat pembiayaan perumahan dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah peribadi.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Datuk Fairuz Renddan berkata ia khususnya membabitkan perumahan di kawasan bandar yang mempunyai akses fasiliti.

Advertisement
“Kita di pihak kerajaan sentiasa memudahkan urusan pemaju selagi mematuhi peraturan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Bagaimanapun kita meminta kepada semua institusi perbankan agar melihat semula syarat yang dikenakan kepada bakal pemilik rumah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Permudahkan urusan rakyat kita untuk permohonan pinjaman perumahan.

“Kalau kita ada banyak unit rumah mampu milik sekalipun tetapi pembeli berdepan masalah kesukaran mendapatkan pinjaman situasinya tetap sama.

Advertisement
“Ia secara tidak langsung turut menyumbang kepada lambakan rumah yang tidak terjual,” katanya.

Fairuz berkata demikian ketika ditemui media sejurus merasmikan Majlis Pelancaran Projek Grand Meridian pada Sabtu.

Advertisement
Grand Meridian merupakan sebuah projek kondominium bertingkat tinggi yang dibangunkan oleh Skye Vista Development Sdn Bhd.

Dalam pada itu Fairuz memaklumkan Kerajaan Negeri menerusi KKTP sentiasa menyokong pemaju syarikat swasta yang mempunyai rekod baik bagi menyiapkan projek perumahan mengikut spesifikasi dan garis masa ditetapkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here