Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Penganggur berdepan tiga pertuduhan berkaitan dadah
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur berdepan tiga pertuduhan berkaitan dadah
Kedua-dua pertuduhan mengedar dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret pada Khamis atas dua pertuduhan mengedar dadah dan satu pertuduhan memiliki dadah.

Tertuduh yang menganggur Syahmirul Syahrir hadir di hadapan Majistret Marilyn Kelvin menerusi prosiding Zoom didakwa mengedar dadah jenis 3,4

Advertisement
Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 642.7 gram pada 14 Januari lalu kira-kira jam 11.35 malam di sebuah bilik dalam bangunan kedai di Sadong Jaya, Karamunsing.

Bagi pertuduhan kedua Syahmirul didakwa memiliki 37.3 gram ketamin pada tarikh dan lokasi sama yang didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Tertuduh turut dibawa di hadapan seorang lagi majistret Dzul Elmi Yunus juga menerusi Zoom atas pertuduhan mengedar 71.3 gram MDMA pada 15 Januari lalu kira-kira jam 2.38 pagi di hadapan pencawang SESB di Kampung Air.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Syahmirul selepas pertuduhan mengedar dibacakan terhadapnya.

Advertisement
Kedua-dua pertuduhan mengedar dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia.

Advertisement
Majistret Marilyn menetapkan 30 Mac sebagai tarikh sebutan kes di hadapannya manakala Majistret Dzul Elmi menetapkan 25 Mac bagi kes di hadapannya.

Mahkamah turut memerintahkan Syahmirul direman lanjut sehingga tarikh berkenaan kerana pertuduhan mengedar tidak membenarkan jaminan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri dan Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here