Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pemain industri pelayaran teroka potensi pelancongan Sabah
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
Text Size:
Text:
Pemain industri pelayaran teroka potensi pelancongan Sabah
JONISTON bersama Gregory (tengah) dan Joel Christopher (kiri) semasa majlis makan tengah hari itu.
Kota Kinabalu: Sabah mempunyai potensi besar dibangunkan sebagai destinasi pelancongan kapal persiaran khususnya ketika minat pengendali pelayaran antarabangsa semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif SATS-Creuers Cruise Services Gregory Tan berkata pengendali kapal persiaran sentiasa mencari tarikan lawatan sehari yang sesuai untuk penumpang sambil menegaskan Kampung Budaya Mari-Mari dan Taman Kinabalu kekal antara destinasi paling popular bagi pelawat kapal persiaran.

Advertisement
“Kapal persiaran lazimnya tiba awal pagi dan berlepas sebelum matahari terbenam. 

“Oleh itu adalah penting untuk mempunyai rangkaian tarikan yang lebih luas dan mudah diakses di dalam bandar serta kawasan sekitarnya bagi meningkatkan pengalaman keseluruhan penumpang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perkara itu dimaklumkan kepada Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai semasa majlis makan tengah hari bersama wakil industri pelayaran.

Pertemuan berkenaan disusuli lawatan tapak oleh pemain industri pelayaran termasuk SATS-Creuers Cruise Services, Lembaga Pelancongan Singapura serta syarikat kapal persiaran antarabangsa bagi meneroka tawaran pelancongan di ibu negeri.

Advertisement
Joniston turut diberi taklimat mengenai usaha Suria Capital Holdings Bhd untuk membawa lebih banyak kapal persiaran ke Sabah dengan 25 persinggahan kapal persiaran disahkan tahun ini yang dijangka membawa hampir 30,000 penumpang.

Dalam pada itu Ketua Marin dan Operasi Marella Cruises, Joel Christopher Hipple berkata Sabah berpotensi menarik lebih banyak kapal persiaran namun infrastruktur pelabuhan khususnya kedalaman dermaga merupakan pertimbangan kritikal.

Advertisement
Menurutnya ketika ini Pelabuhan Kota Kinabalu mempunyai kedalaman kira-kira sembilan meter manakala Pelabuhan Sandakan sekitar tujuh meter dengan beberapa kawasan terjejas oleh beting pasir.

Bagaimanapun beliau berkata Sandakan menawarkan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi yang kukuh dengan tarikan mudah diakses oleh penumpang kapal persiaran.

Sementara itu Joniston mengalu-alukan inisiatif yang membawa masuk pelawat serta menjana limpahan perbelanjaan pelancongan terutamanya yang memberi manfaat kepada ekonomi tempatan serta komuniti sekitar.

“Kerjasama antara STB dan pemain industri pelayaran boleh diperkukuh bagi memahami bagaimana kita boleh mempromosikan pelancongan kapal persiaran dan Sabah secara keseluruhan bagi pelawat singkat dan lawatan sehari dengan memanfaatkan ketibaan kapal persiaran,” katanya.

Sabah tahun lalu merekodkan 23 persinggahan kapal persiaran dengan 24,634 penumpang terdiri daripada 19 kapal singgah di Pelabuhan Kota Kinabalu dan empat di Pelabuhan Sandakan.

Jumalah berkenaan  merupakan hampir dua kali ganda berbanding 2024 yang mencatatkan 14 kapal dan 16,727 penumpang.

Sebelum pandemik Covid-19 Sabah merekodkan 30 persinggahan kapal persiaran pada 2019 dengan 36,183 penumpang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here