Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Buaya 5-meter ditemui mati di Sungai Merotai
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Buaya 5-meter ditemui mati di Sungai Merotai
MOHAMAD (tiga dari kanan) bersama penguatkuasa JHL Tawau dan kaki pancing berdiri di samping buaya tersebut.
TAWAU: Kegusaran orang kampung terhadap kehadiran seekor buaya tembaga besar yang sering kelihatan di Sungai Merotai selama ini berakhir selepas reptilia terbabit ditemui mati pada Rabu. 

Buaya jantan tersebut, berukuran 15.8 kaki, ditemui terdampar berhampiran kawasan penempatan penduduk di Kg Pangkalan Asli Merotai Besar di sini.

Advertisement
Ketua Kampung Mohamad Fakir berkata bangkai buaya itu ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 7.30 pagi, sebelum menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau untuk tindakan susulan.

“Sebenarnya buaya ini sudah lama dijejak kerana kehadirannya membimbangkan keselamatan penduduk sekitar dan sempat memakan umpan pancing yang disediakan untuk memerangkapnya pada Isnin lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun buaya itu bersembunyi di bawah atau sebalik batang-batang kayu di kawasan sungai sehinggalah penguatkuasa JHL yang tiba sehari kemudian mengambil keputusan untuk menembaknya,” katanya.

Mohamad berkata tembakan yang dilepaskan mengenai sasaran namun buaya itu sekali lagi berhasil bersembunyi.

Advertisement
Bangkainya hanya ditemui ketika air sungai mulai surut sebelum diangkut naik ke pangkalan.

Mengulas lanjut, usaha mengangkat dan memindahkan buaya terbabit dilakukan oleh seramai enam penguatkuasa JHL yang turut dibantu 11 penduduk kampung, yang terdiri daripada kaki pancing termasuk Mohamad.

Advertisement
“Tindakan dan urusan selanjutnya berkaitan bangkai reptilia ini diserahkan kepada pihak JHL,” katanya.

Beliau berkata seekor lagi buaya tembaga jantan bersaiz 18.4 kaki di sungai itu berjaya “diamankan” tahun lepas.

Menurutnya kehadiran buaya itu berdekatan dengan kawasan kampung mereka sering dilihat terutamanya oleh kumpulan nelayan dan kaki pancing bahkan setiap kali ada majlis kenduri atau keramaian diadakan.

Justeru usaha menjejak keberadaan reptilia itu dilakukan sebagai langkah pencegahan awal dan mengelak sebarang risiko terhadap orang kampung yang bergantung kepada sungai untuk melakukan aktiviti harian terutamanya mencari ikan dan udang.

“Kekerapan reptilia terbabit memunculkan diri secara terbuka menyebabkan orang kampung mulai gusar dengan risiko keselamatan mereka sehinggakan selalu dilanda kerisauan apabila turun ke sungai,” katanya.

Tambahnya, keberhasilan usaha terbabit disifatkan sebagai suatu kelegaan, namun orang kampung diharap sentiasa berhati-hati ketika turun ke sungai kerana masih ada lagi buaya di kawasan itu yang belum ditangkap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here