Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Petani Sabah bantah monopoli benih dicadangkan
Published on: Wednesday, January 28, 2026
Published on: Wed, Jan 28, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Petani Sabah bantah monopoli benih dicadangkan
CASSANDRA menyerahkan memorandum kepada Chan.
Kota Kinabalu: Minggu lalu, kira-kira 200 peserta termasuk aktivis dan petani kecil dari Sabah berhimpun di luar Parlimen Malaysia bagi menyerahkan dua memorandum yang menggesa Ahli Parlimen (MP) menolak monopoli benih yang dicadangkan di bawah UPOV 1991.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) itu bertujuan membangkitkan kebimbangan mengenai potensi impak UPOV 1991 terhadap petani tempatan.

Advertisement
Penyelaras demonstrasi Cassandra Albanus yang mengetuai Kempen Strategi Stop UPOV berkata perhimpunan itu mendapat sokongan pesawah padi, petani kecil, NGO alam sekitar serta aktivis sosial.

NGO dari Sabah, termasuk Pacos Trust, turut menyokong bantahan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Memorandum terbabit diserahkan kepada wakil kerajaan termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin serta pemimpin pembangkang.

Cassandra menekankan kebimbangan terhadap rancangan kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 (PNPV 2004) agar selaras dengan Konvensyen UPOV 1991.

Advertisement
Pindaan yang dicadangkan itu boleh menyekat hak petani kecil untuk menyimpan, menukar dan menjual benih sekali gus mengancam mata pencarian ramai pihak, khususnya pesawah di Sabah.

Walaupun bantahan itu tertumpu di Kuala Lumpur, Cassandra menegaskan kepentingan Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas dalam melindungi hak petani serta keselamatan makanan Sabah.

Advertisement
Beliau memberi amaran bahawa monopoli benih akan melemahkan petani tempatan dan meningkatkan kebergantungan kepada syarikat asing sekali gus menjejaskan autonomi pertanian Sabah.

Memorandum itu juga menyentuh isu berterusan seperti tekanan kos dan harga yang dihadapi pesawah, yang merupakan kumpulan petani terbesar di Malaysia.

Cassandra menyuarakan kebimbangan bahawa penyertaan dalam UPOV 1991 akan memberi pengaruh kepada badan asing terhadap undang-undang Malaysia tanpa perundingan sewajarnya dengan kerajaan negeri seperti Sabah dan Sarawak, sekali gus melanggar kedaulatan negara.

Pindaan itu juga akan menghapuskan perlindungan penting termasuk peruntukan untuk mencegah biopirasi dan memastikan bekalan benih yang mampu milik di samping mengehadkan jenis benih yang boleh digunakan oleh petani.

Cassandra berkata perubahan ini akan meningkatkan kos benih dan mengurangkan keupayaan petani untuk memilih benih yang sesuai dengan keadaan tempatan.

Gabungan itu turut membangkitkan kebimbangan mengenai kesan kelewatan pengagihan baja, pengurusan air yang lemah serta ketidakcekapan birokrasi, yang semuanya menyumbang kepada cabaran dihadapi pesawah.

Kumpulan terbabit mengulangi komitmen mereka untuk melindungi hak petani serta memastikan kedaulatan dan keselamatan makanan Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here