Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan, 288 karton rokok dirampas 
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan, 288 karton rokok dirampas 
FOTO untuk ilustrasi sahaja.
KUNAK: Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 288 karton rokok disyaki tidak bercukai bernilai RM105,360 di perkampungan atas air, Kg Pangkalan di sini, pada Ahad. 

Operasi tersebut, yang dijalankan Pasukan Rondaan Jarak Jauh (RJJ) Platun Tiger Batalion 22, kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, dilaksanakan hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan di kawasan berkenaan.

Advertisement
Semasa pemeriksaan lanjut di sebuah rumah tidak bernombor, pasukan menemui rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai, disembunyikan di ruang bilik pakaian.

Seorang suspek lelaki warga tempatan ditahan dan semua rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak bagi siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kenyataannya, PGA menyatakan kejayaan operasi tersebut membuktikan keberkesanan risikan serta komitmen berterusan pasukan dalam membanteras aktiviti penyeludupan barang larangan di kawasan tanggungjawab.

“Risikan dan rondaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras secara berterusan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” menurut kenyataan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here