Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kempen Rayuan Pos bantu golongan cacat penglihatan
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kempen Rayuan Pos bantu golongan cacat penglihatan
HAZEM (kanan) menyampaikan sumbangan beliau kepada wakil Taman Cahaya.
SANDAKAN: Persatuan Orang Buta Sabah (SSB) Cawangan Sandakan secara rasmi melancarkan Kempen Rayuan Pos bagi mengumpul dana serta sokongan orang ramai untuk program-program yang memberi manfaat kepada golongan cacat penglihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa memuji komitmen berterusan persatuan tersebut dalam memperjuangkan kebajikan, pembangunan kemahiran dan kesejahteraan keseluruhan ahlinya.

Advertisement
Beliau berkata inisiatif seperti latihan kemahiran, bantuan kebajikan dan aktiviti sosial memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti cacat penglihatan agar mampu hidup berdikari.

“Kempen Rayuan Pos ini merupakan satu inisiatif yang berkesan dan bermakna untuk menggalakan lebih ramai orang awam, pihak swasta serta individu yang prihatin tampil menyumbang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan sokongan berterusan daripada masyarakat persatuan ini akan dapat meneruskan serta memperluaskan program-programnya demi manfaat golongan cacat penglihatan,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di Taman Cahaya baru-baru ini.

Hazem menambah bahawa sumbangan kecil sekali pun mampu membawa perubahan besar dalam meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan.

Advertisement
Sambil menyatakan sokongan penuhnya beliau menggesa lebih banyak pihak tampil bekerjasama dengan persatuan itu bukan sahaja melalui sumbangan kewangan malah dengan menawarkan kepakaran serta peluang pekerjaan kepada golongan cacat penglihatan.

Beliau turut menggesa orang ramai agar bersama-sama membina sebuah masyarakat yang inklusif dan penyayang tanpa meminggirkan golongan orang kurang upaya (OKU).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here