Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
TM tingkat usaha tangani vandalisme di Likas, Kunak dan Pitas
Published on: Tuesday, January 27, 2026
Published on: Tue, Jan 27, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
TM tingkat usaha tangani vandalisme  di Likas, Kunak dan Pitas
KAKITANGAN TM memasang semula penutup lubang di Jalan Tuaran. LUBANG di bahu jalan berhampiran simpang Taman Antarabangsa dikenal pasti berbahaya kepada pejalan kaki.
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) akan mempergiat usaha memeriksa keadaan pemasanganya di sekitar Likas, Kunak dan Pitas namun mengakui berdepan cabaran besar akibat perbuatan vandalisme di kawasan berkenaan.

Jurucakap TM berkata perbuatan vandalisme dikenal pasti sebagai punca kepada penutup lubang akses saluran kabel yang terdedah berhampiran simpang ke Taman Antarabangsa selain gangguan perkhidmatan Unifi di Kampung Jaya Baru dan Kampung Maduring.

Advertisement
“Perosak telah mencungkil penutup yang ditanam di bahu jalan tidak jauh dari simpang Lorong Kelengkeng, Jalan Tuaran,” katanya.

Menurut beliau satu lagi kumpulan turut merosakkan kabel TM yang membekalkan perkhidmatan kepada pelanggan luar bandar di Kunak dan Pitas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walau apapun motif mereka kabel telekomunikasi ini tidak diambil,” ujarnya sambil menambah TM mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh pencuri besi yang mungkin menyangka kabel berkenaan diperbuat daripada tembaga.

“Mereka berkemungkinan mengurungkan niat selepas mendapati talian perkhidmatan kami bukan berasaskan tembaga,” tambahnya.

Advertisement
Beliau menjelaskan TM sebelum ini telah melaksanakan kerja ‘fiberisation’ di lokasi terjejas menggantikan kabel tembaga lama dengan kabel gentian optik.

“Laporan polis telah dibuat kerana terdapat unsur cubaan mencuri aset kami dalam setiap kejadian. Setakat ini bagaimanapun pelaku masih belum ditangkap,” maklumnya.

Advertisement
Jurucakap itu memberi maklum balas terhadap pemerhatian seorang penduduk Likas mengenai risiko keselamatan akibat lubang akses yang tidak bertutup serta aduan dua pelanggan di Kunak dan seorang di Pitas yang tidak dapat mengakses Internet.

Penduduk Taman Antarabangsa itu berkata keadaan tersebut berbahaya kepada pejalan kaki termasuk kanak-kanak dan warga emas yang berisiko terjatuh ke dalam lubang berkenaan jika tidak berhati-hati.

Dua pelanggan TM di Kunak yang tinggal di Lorong 10, Kampung Jaya Baru masing-masing mengalami gangguan Unifi selama dua minggu dan seminggu. Seorang pelanggan di Kampung Maduring pula tidak dapat melayari Internet selama 12 hari.

Kesemua individu terbabit telah mengemukakan butiran aduan kepada Hotline termasuk alamat lokasi yang kemudiannya disalurkan kepada pihak TM.

Jurucakap itu berkata kakitangan TM telah pergi ke Taman Antarabangsa sejurus selepas dihubungi media.

“Mereka mendapati penutup segi empat itu diletakan di tepi lubang akses di Jalan Tuaran dan segera menutup semula lubang berkenaan,” katanya sambil menambah penyelenggaraan saluran kabel dilakukan mengikut keperluan.

“Juruteknik kami telah diarahkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang ketidaknormalan melibatkan struktur ini dan menanganinya dengan segera,” katanya sambil memaklumkan pemeriksaan berkala akan dijalankan bagi memastikan keadaan aset TM.

Di Kampung Jaya Baru pasukan Seksyen Rangkaian yang dihantar ke lokasi mendapati kabel utama kawasan tersebut “dipotong sebahagian oleh pihak tidak dikenali”.

“Kakitangan kami menggantikan kabel yang rosak di tempat kejadian dan seterusnya memeriksa kabinet TM yang membekalkan perkhidmatan kepada penduduk kawasan itu termasuk di Lorong 10,” tambahnya.

Beliau berkata semua sambungan yang longgar telah diketatkan dan perkhidmatan Unifi pelanggan terjejas disemak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Tindakan pemulihan yang sama turut dilakukan di Kampung Maduring.

PENDUDUK Lorong 10, Kampung Jaya Baru mengalami gangguan Unifi melebihi dua minggu baru-baru ini."Satu bahagian kabel yang menuju ke kampung itu kelihatan seperti ditebas dengan parang,” ujarnya.

Menurut rekod TM gangguan turut pernah berlaku di premis yang sama dua bulan lalu. Ketika itu kakitangan TM telah menguji kekuatan isyarat di dalam rumah pelanggan dan kawasan sekitar sebelum mengambil tindakan mengoptimumkan liputan.

Juruteknik TM memeriksa  kelengkapan dalam kabinet  di kawasan Kunak.“Router RG6 pelanggan turut digantikan dengan yang baharu,” katanya sambil menambah pelanggan berkenaan kini berpuas hati dengan perkhidmatan Unifi yang diterima.

“Walaupun begitu kami terus memantau kualiti liputan di kawasan tersebut dan akan menangani sebarang masalah yang timbul secepat mungkin,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here