Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Pengukuran sempadan di Pulau Sebatik: MP Kalabakan gesa semua bertenang
Published on: Monday, January 26, 2026
Published on: Mon, Jan 26, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pengukuran sempadan di Pulau Sebatik: MP Kalabakan gesa semua bertenang
Andi berkata Malaysia komited untuk memastikan setiap proses penegasan sempadan dilaksanakan mengikut kestabilan serantau, kebajikan masyarakat perbatasan serta hubungan baik kedua-dua negara. 
TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa semua pihak kekal bertenang dan menghormati keputusan pengukuran persempadanan di Pulau Sebatik tanpa terpengaruh dengan kontroversi yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara serumpun.

Beliau berkata perkara itu penting memandangkan hubungan Malaysia-Indonesia perlu terus dipandu dengan prinsip saling menghormati kedaulatan dan kepercayaan bersama.

Advertisement
"Penyelesaian berasaskan fakta demi kepentingan jangka panjang rakyat di sempadan juga tidak boleh dikesampingkan,” katanya mengulas kenyataan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Nunukan berhubung isu itu.

Andi berkata Malaysia komited untuk memastikan setiap proses penegasan sempadan dilaksanakan mengikut kestabilan serantau, kebajikan masyarakat perbatasan serta hubungan baik kedua-dua negara. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya isu itu wajar terus ditangani melalui saluran diplomatik, dialog antara kerajaan dan mekanisme rasmi bersama, bukannya menerusi polemik awam yang berpotensi mengeruhkan hubungan dua hala.

"Kita mengambil maklum kenyataan pihak-pihak tertentu terhadap kebimbangan kesan penegasan sempadan Malaysia-Indonesia di kawasan Pulau Sebatik dan sekitarnya, namun kita juga perlu bertenang", katanya.

Advertisement
Beliau juga melihat kebimbangan pihak tertentu terhadap kesejahteraan komuniti perbatasan akibat persempadanan yang diputuskan berkenaan sememangnya wajar dan difahami, malah perlu dihormati.

Pada masa sama, semua pihak perlu menyedari bahawa keputusan terbabit bukan dibuat secara sepihak atau perubahan yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya di lapangan tetapi mengikuti saluran rasmi.

Advertisement
"Proses membuat keputusan itu dicapai berdasarkan prosedur rasmi antara kedua-dua pentadbir kerajaan melalui rundingan teknikal dan diplomatik semenjak sekian lama,” katanya.

Menyentuh pendekatan penetapan sempadan itu, beliau berkata langkah itu mengambil kira rujukan sejarah, peta lama dan perbezaan tafsiran yang wujud semenjak era terdahulu antara kedua-dua negara.

Tambahnya sekalipun ada pendapat yang melihat status sempadan Pulau Sebatik yang dikongsi Malaysia dan Indonesia bersama sudah lama selesai dari sudut sejarah, namun masih wujud penafsiran berbeza.

"Perbezaan tafsiran yang ada mendorong keperluan rundingan bersama diadakan supaya garis sempadan dapat ditentukan secara teratur, sah di sisi undang-undang dan diterima oleh kedua-dua negara.

"Dalam konteks ini, proses penegasan sempadan tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang secara langsung merugikan komuniti perbatasan, tetapi asas penting untuk menjamin pentadbiran yang teratur", katanya.

Beliau percaya persetujuan yang dicapai dapat melindungi hak penduduk setempat serta membuka ruang kepada kerjasama pembangunan dan ekonomi rentas sempadan yang lebih tersusun dan mampan. 

Kenyataan Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia melalui setiausahanya Komisioner Jeneral Polis Makhruzi Rahman dalam sesi taklimat mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Jakarta pada 21 Januari lepas, mengesahkan titik Isu Sempadan Tertunggak (OBP) di B-2700, B-3000 dan Simantipal sudah diselesaikan melalui memorandum bersama yang ditandangani pada 18 Februari 2025 di Pulau Sebatik.

Menurut intipati Mesyuarat Bersama Malaysia -Indonesia Ke-45 itu, keputusan status tanah yang berhasil dicapai melibatkan keluasan kira-kira 127.3 hektar yang membabitkan kawasan pertanian dan hutan sebagai kekal atau kembali ke kedaulatan Indonesia manakala Malaysia memperolehi kawasan penempatan sekitar 4.9 hektar merangkumi tiga kampung yang berada di Daerah Nunukan, Kalimantan Utara.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia melalui menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan pada 23 Januari lalu turut mengesahkan pemuktamadan pengukuran terbabit.

Arthur turut menjelaskan bahawa proses rundingan berkaitan dilakukan secara telus selepas rundingan berjalan selama 45 tahun tanpa menggunakan prinsip pampasan atau untung-rugi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here