Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kelewatan projek PoP jejas PdP, pendigitalan di 736 sekolah Sabah
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kelewatan projek PoP jejas PdP,  pendigitalan di 736 sekolah Sabah
James berkata situasi itu menyebabkan sebahagian sekolah masih terpaksa bergantung kepada menara 1BestariNet yang mengakibatkan kualiti capaian Internet kekal rendah dan tidak konsisten.
Kota Kinabalu: Kelewatan pelaksanaan projek penyediaan perkhidmatan Internet terutama melalui teknologi gentian optik Point-of-Presence (PoP) di sekolah-sekolah di Sabah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta usaha pendigitalan pendidikan di 736 sekolah di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk James Ratib berkata kementeriannya menerima banyak keluhan dan aduan daripada pihak sekolah serta ibu bapa berkaitan isu membabitkan kontraktor pelaksana projek tersebut. 

Advertisement
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah tidak akan teragak-agak untuk menamatkan lantikan syarikat berkenaan sekiranya terdapat bukti sahih mengenai kelewatan atau kegagalan pelaksanaan projek itu demi kepentingan murid dan kelangsungan sistem pendidikan negeri.

“Antara isu utama yang dikenal pasti termasuk perkhidmatan Internet di beberapa sekolah tidak memuaskan dengan capaian jalur lebar tidak mencapai tahap dijanjikan, serta respons lambat dalam menangani aduan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Malah, terdapat PoP yang belum sedia untuk digunakan walaupun telah disenaraikan sebagai siap, selain kelewatan pemasangan infrastruktur gentian optik walaupun lokasi telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu lepas.

James berkata situasi itu menyebabkan sebahagian sekolah masih terpaksa bergantung kepada menara 1BestariNet yang mengakibatkan kualiti capaian Internet kekal rendah dan tidak konsisten.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan melakukan penilaian semula prestasi pihak kontraktor secara menyeluruh merangkumi aspek pematuhan garis masa, kualiti perkhidmatan serta kecekapan pengurusan aduan.

“Penilaian ini bertujuan memastikan tiada kelewatan berpanjangan yang terus menjejaskan proses PdP khususnya di sekolah luar bandar dan pedalaman.

Advertisement
“Kementerian memandang serius perkara ini kerana akses internet yang stabil dan berkualiti merupakan keperluan asas dalam sistem pendidikan masa kini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here