Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Penduduk Sipitang dinasihat berwaspada risiko tanah runtuh
Published on: Sunday, January 18, 2026
Published on: Sun, Jan 18, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penduduk Sipitang dinasihat berwaspada risiko tanah runtuh
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah
SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tanah runtuh supaya sentiasa berwaspada khususnya pada musim hujan.

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah rumah di Kampung PMP Baru Sipitang yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh pada Jumaat. Kejadian berkenaan menyebabkan bahagian dapur rumah tersebut mengalami kerosakan.

Advertisement
“Saya menasihatkan semua penduduk yang tinggal berhampiran cerun bukit agar sentiasa berwaspada.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan berterusan ketika ini yang meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh,” katanya sambil meminta keluarga terlibat supaya bersabar menghadapi dugaan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang Calvin Joe Jeafery berkata sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira sembilan kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.17 petang.

Menurutnya pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 4.27 petang dan mendapati tanah runtuh telah menimbus bahagian dapur rumah berkenaan yang didiami dua lelaki dan dua wanita. 

Advertisement
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Anggota bomba menasihatkan penghuni supaya segera mengosongkan rumah dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling kerana terdapat kemungkinan tanah runtuh susulan,” katanya.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here