Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Kerosakan paip air bawah tanah perlu penyelesaian
Published on: Monday, March 02, 2026
Published on: Mon, Mar 02, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kerosakan paip air bawah tanah perlu penyelesaian
CALVIN meninjau keadaan kerosakan paip air bawah tanah. 
SANDAKAN: Isu kerosakan paip air bawah tanah di jalan masuk Bandar Prima yang sudah berlarutan hampir setahun memerlukan penyelesaian menyeluruh dengan kadar segera. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong berkata semenjak tahun 2025, tiada pembaikan menyeluruh dilaksanakan bagi membaiki masalah kerosakan sekaligus menjejaskan satu-satunya jalan masuk ke bandar tersebut. 

Advertisement
Katanya, masalah berkenaan bukan sahaja menjejaskan kestabilan bekalan air, malah memberi kesan kepada kehidupan harian penduduk, operasi perniagaan dan aktiviti ekonomi setempat. 

“Gangguan berpanjangan itu turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat berikutan ketiadaan maklumat jelas mengenai penyelesaian jangka panjang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Keadaan menjadi lebih rumit kerana infrastruktur bawah tanah seperti paip air, elektrik, telekomunikasi, sistem kumbahan dan gentian optik bertindih tanpa penyelarasan berkesan antara agensi berkaitan. 

“Situasi itu menyebabkan proses pembaikan tertangguh dan tanggungjawab seolah-olah dipindahkan antara pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Advertisement
Calvin turut mempersoalkan perancangan pembangunan terdahulu yang diluluskan tanpa penekanan terhadap penyediaan serta penyelenggaraan infrastruktur asas secara mampan.

Sehubungan itu, Calvin mendesak kerajaan dan agensi terlibat supaya memberi penjelasan rasmi mengenai pihak bertanggungjawab, mengemukakan pelan tindakan serta jadual pelaksanaan yang telus kepada orang awam. 

Advertisement
Audit menyeluruh terhadap keadaan infrastruktur sedia ada juga perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kerosakan dan keperluan naik taraf.

Calvin menegaskan bekalan air merupakan hak asas rakyat yang tidak boleh dikompromi dan menggesa Jabatan Bekalan Air Sabah serta agensi berkaitan memberikan maklumat berkala serta komitmen jelas demi memastikan masalah sama tidak berulang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here