Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
508,631 murid di Sabah terima BAP RM150
Published on: Saturday, January 17, 2026
Published on: Sat, Jan 17, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
508,631 murid di Sabah terima BAP RM150
James berkata bantuan itu mencerminkan keutamaan Kerajaan Madani dalam memperkukuh sektor pendidikan sebagai asas pembentukan generasi masa depan.
Kota Kinabalu: Sebanyak RM76.29 juta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diperuntukkan kepada Sabah tahun ini, melibatkan 508,631 murid di 1,298 sekolah di seluruh negeri.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata bantuan itu mencerminkan keutamaan Kerajaan Madani dalam memperkukuh sektor pendidikan sebagai asas pembentukan generasi masa depan.

Advertisement
“BAP amat bermakna dalam membantu meringankan beban ibu bapa dalam perbelanjaan persekolahan, khususnya pada awal tahun. Ia juga menjadi pembakar semangat kepada murid untuk terus fokus dan cemerlang dalam pembelajaran,” katanya. 

James berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Jabatan Pendidikan Sabah Tahun 2026 di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata BAP yang diperkenalkan pada 2012 dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi setiap murid bermula 2023 dan diberikan secara sekali bayar kepada semua tanpa mengira pendapatan. 

“Bagi 2026, kerajaan meneruskan inisiatif ini buat tahun ke-14 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM794.25 juta di peringkat nasional yang mula diagihkan bermula 8 Jan,” katanya.

Advertisement
James turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atas komitmen serta inisiatif melaksanakan pengagihan bantuan itu secara teratur dan berkesan.

“Saya menyeru ibu bapa dan murid agar memanfaatkan bantuan ini sebaiknya. Kejayaan anak-anak di peringkat sekolah akan membuka laluan kepada pendidikan tinggi dan seterusnya melahirkan modal insan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Advertisement
Beliau juga berkata tiada potongan atau kutipan bayaran dibenarkan daripada wang bantuan itu yang perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pengetua dan guru besar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here