Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
3,000 bakal dapat manfaat dari projek ternakan ayam Sandakan
Published on: Saturday, January 17, 2026
Published on: Sat, Jan 17, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
3,000 bakal dapat manfaat dari projek ternakan ayam Sandakan
MOHAMAD Sabu (dua, kanan) menyerahkan cek replika kepada Ardin Suradi.
SANDAKAN: Projek Ternakan Ayam Pedaging Sistem Tertutup bernilai RM2.4 juta bakal menjana pendapatan lumayan kepada 3,000 ahli Pertubuhan Peladang Kinabatangan (PPK).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata projek berimpak tinggi berkenaan diluluskan awal tahun ini dan bakal dilaksanakan di bawah Rolling Plan (RP1) 2026. 

Advertisement
“Projek bernilai RM2.4juta ini adalah contoh terbaik bagaimana kita menterjemahkan dasar nasional ke peringkat tempatan. 

“Dengan kapasiti 30,000 ekor ayam sepusingan dan mampu beroperasi sehingga empat pusingan setahun, projek ini bukan sahaja akan menyumbang kepada sasaran Kadar Sara Diri (SSR) negara malah ia bakal menjana pendapatan lumayan kepada PPK dengan anggaran hasil kasar setahun mencecah RM2.75 juta,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata projek yang akan dilaksanakan di Bukit Garam itu menepati ciri-ciri modenisasi antaranya Sistem Reban Tertutup yang lebih efisien dan mesra alam dan Teknologi Pertanian Pintar dan IoT untuk pemantauan suhu dan operasi secara digital. 

Ini termasuklah infrastruktur lengkap meliputi jalan ladang, bekalan air dan elektrik yang stabil. 

Advertisement
Mohamad berkata Kementeriannya berhasrat bagi memperbanyakkan model projek itu kerana ianya lebih berdaya maju dengan kadar pulangan pelaburan setinggi 27.99, sekali gus meningkatkan taraf hidup ahli peladang melalui dividen dan peluang pekerjaan. 

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Sentuhan Agro Madani @ Kinabatangan di Dataran Terbuka Pekan Kinabatangan pada Khamis.

Advertisement
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Dato’ Wira Mahfuz Omar dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Fitrisubroto Yahmin. 

Sementara itu, Mohamad menggesa warga peladang dan penternak di Kinabatangan untuk terus menyokong usaha itu dengan mengambil peluang daripada peruntukan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Madani. 

Pengerusi PPK Kinabatangan Ardin Suradi berkata pelaksanaan projek di atas tanah seluas lima ekar itu bukan sahaja bakal memberi manfaat kepada ahli PPK tetapi juga dapat menstabilkan bekalan ayam di Kinabatangan, Sandakan, Telupid dan Lahad Datu. 

“Usaha mewujudkan Projek Ayam Pedaging Sistem Tertutup bermula sejak tiga tahun lalu dan diluluskan tahun ini. 

“Sebelum ini, PPK berjaya melaksanakan beberapa projek yang memberi pulangan besar seperti Projek Tanaman Kelapa Sawit dan Tanaman Buah-Buahan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here