Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi bantu percepat pendigitalan sekolah di Sabah
Published on: Friday, January 16, 2026
Published on: Fri, Jan 16, 2026
Text Size:
Text:
Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi bantu percepat pendigitalan sekolah di Sabah
JAMES (dua, kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bantuan komputer riba, Starlink dan panel solar untuk sekolah-sekolah di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu. –Foto Bernama
Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi  (KPSTI) giat membantu mempercepatkan pendigitalan semua sekolah di Sabah dengan fasa awal melibatkan pemberian komputer riba serta pemasangan kemudahan Starlink di sekolah terlibat.

Menterinya Datuk James Ratib berkata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersedia membantu kementerian itu bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bagi merealisasikan inisiatif berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata pendigitalan bermula dengan pemberian komputer riba kepada sekolah yang memerlukan namun kemudahan itu akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diuruskan.

“Pihak sekolah akan menyediakan sebuah bilik sumber khas bagi menempatkan komputer riba berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membekalkan kemudahan Starlink kepada sekolah yang tidak mempunyai capaian internet,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkaitan pendigitalan sekolah di Sabah pada Rabu.

James berkata pelaksanaan inisiatif itu akan dimulakan sebaik sahaja JPNS merumuskan hasil perbincangan mesyuarat untuk diserahkan kepada MCMC bagi tujuan permohonan peruntukan.

Advertisement
Beliau berkata mesyuarat khas hari ini diadakan susulan pertemuannya dengan Menteri Komunikasi sebelum ini yang menyatakan kesediaan membantu keperluan pendigitalan sekolah di negeri itu.

“Sasaran permintaan komputer riba yang dikemukakan JPNS adalah sebanyak 45,000 unit manakala 68 sekolah dikenal pasti memerlukan pemasangan Starlink.

Advertisement
“Jumlah ini ditetapkan oleh JPNS namun terpulang kepada MCMC untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonan berkenaan. 

“Apa yang penting kita tidak mahu Sabah terus ketinggalan dalam arus pemodenan teknologi yang berkembang pesat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here