Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Remaja 17 tahun antara dua ditahan kes dadah
Published on: Friday, January 16, 2026
Published on: Fri, Jan 16, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Remaja 17 tahun antara dua ditahan kes dadah
LAHAD DATU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara dua individu yang ditahan polis dalam operasi berasingan pada Rabu berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bertindak atas maklumat dan menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan paya bakau kira-kira jam 9.30 pagi.

Advertisement
Katanya hasil pemeriksaan menemukan enam paket lut sinar mengandungi bahan disyaki syabu dengan berat keseluruhan 52.71 gram. Sebuah bot dan enjin yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah turut dirampas.

“Suspek berusia 17 tahun itu juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi berasingan, polis turut menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di kawasan ladang di kampung yang sama.

Advertisement
“Hasil pemeriksaan menemui satu bungkusan plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki syabu dalam simpanannya. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah,” katanya.

Suspek kedua disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Dzulbaharin menegaskan tangkapan tersebut mencerminkan komitmen Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dalam membanteras kegiatan jenayah, termasuk penyalahgunaan dan pengedaran dadah, di daerah ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here