Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki OKU hilang di Kota Belud ditemui meninggal dunia
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki OKU hilang di Kota Belud ditemui meninggal dunia
KOTA BELUD: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Kampung Siasai Tamu di sini, ditemui meninggal dunia pada Rabu.

Mangsa, Manang Joh, 55, ditemui pasukan penyelamat pada jam 4.13 petang di Sungai Lebak Engad, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat oleh penduduk kampung.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud Elge Bakuk berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.16 petang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.

Menurutnya, seramai 12 anggota termasuk pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera, bot serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke tebing oleh pasukan bomba,” katanya sambil menambah mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Elge berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang selepas pemeriksaan lokasi dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain.

Advertisement
Isnin lalu, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Siasai Dundau kira-kira jam 6 pagi dengan tujuan ke Hospital Kota Belud untuk mengambil ubat.

Mangsa yang juga pemegang kad OKU, kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt berwarna biru turquoise, disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga hari kejadian.

Advertisement
Difahamkan mangsa mempunyai masalah kesihatan mental dan menerima rawatan berkala di Hospital Kota Belud.

Terdahulu, tular di Facebook apabila keluarga mangsa memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya melihat mangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here