Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
RM663,000 untuk kerja baik pulih di Sembulan
Published on: Monday, January 12, 2026
Published on: Mon, Jan 12, 2026
Text Size:
Text:
RM663,000 untuk kerja baik pulih di Sembulan
Kota Kinabalu: Kampung Sembulan menerima peruntukan RM663,000 bagi kerja baik pulih dan penambahbaikan kemudahan komuniti menerusi Program Kampung Angkat Madani (KAM).  

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (gambar) berkata pelaksanaan KAM di Kampung Sembulan merangkumi projek fizikal dan bukan fizikal yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

Advertisement
Projek termasuk kerja menurap semua jalan kampung, baik pulih gelanggang sukan, pemasangan lampu termasuk lampu solar serta menaik taraf dewan serbaguna Kampung Sembulan bagi kegunaan masyarakat setempat.

“Kesemua projek ini bermula pada 22 September 2025 dan siap sepenuhnya pada 2 November sekali gus memberi kesan segera kepada keselesaan dan keselamatan penduduk, khususnya pada waktu malam serta semasa aktiviti komuniti,” katanya ketika merasmikan Majlis Semarak Madani di Dewan Pride, SMK Sanzac pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Wan Ahmad berkata manfaat program KAM turut diperluas kepada sektor pendidikan dengan SMK Sanzac dan SK Sembulan menerima peruntukan tambahan RM36,000 untuk menaik taraf prasarana pembelajaran.

“Pelaburan dalam kemudahan sekolah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar,” katanya.

Advertisement
Tambahnya, projek bukan fizikal di bawah KAM Kg Sembulan melibatkan aspek kebajikan dan pembangunan sosial komuniti melalui Program Ziarah Kasih Madani yang menyantuni 150 golongan asnaf dan 10 pesara kerajaan.

Penganjuran Sukan Belia Madani pula melibatkan lebih 500 belia, yang berjaya menggalakkan gaya hidup sihat serta mengukuhkan hubungan sosial dalam kalangan generasi muda.

Advertisement
Kampung Sembulan adalah antara 43 Kampung Angkat Madani di seluruh negara di bawah inisiatif nasional yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab, Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Zainuddin Aman, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here