SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang selepas dua bot bertembung pada jarak 0.3 batu nautika di timur jeti pelancongan Semporna ditemui meninggal dunia pada pagi Ahad.
Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) dalam kenyataan pada Ahad berkata mangsa yang dikenal pasti sebagai Rosman Kandau ditemui oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 8.37 pagi di perairan luar Kg Terusan Baru, kira-kira 3.4 batu nautika di tenggara jeti pelancongan Semporna.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan identitinya disahkan oleh ahli keluarga.