Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Saingan tiga penjuru di Kinabatangan, Lamag dua penjuru
Published on: Sunday, January 11, 2026
Published on: Sun, Jan 11, 2026
By: Mardinah Jikur, Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Saingan tiga penjuru di Kinabatangan, Lamag dua penjuru
MOHD Kurniawan (kiri) dan Mohd Ismail (kanan) diiringi Jafry di Pusat Penamaan Calon.
KINABATANGAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar, calon Parti Warisan Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas Goldam H Salangah.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula, PRK menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Ismail Ayob dan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan.

Advertisement
Senarai calon itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah, selepas proses penamaan calon berakhir di Dewan Sri Lamag, pada Sabtu.

Proses penamaan calon berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, dengan semua kertas pencalonan diterima tanpa sebarang penolakan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mohd Kurniawan dan Mohd Ismail diiringi Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Arifin, Ketua Sekretariat War Room BN merangkap Ketua Sekretariat War Room Umno Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan, selain pemimpin BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), parti komponen serta penyokong. Mazliwati dan Saddi turut diiringi pemimpin parti serta penyokong masing-masing.

Saddi (kiri), Mazliwati  dan Goldam (kanan).

PRK Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Adun Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Disember tahun lalu.

Advertisement
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 Januari sebagai hari penamaan calon, 20 Januari bagi pengundian awal dan 24 Januari sebagai hari pengundian.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun berkata, empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) telah dibentuk bagi memantau semua aktiviti kempen oleh calon yang bertanding.

Advertisement
Beliau berkata, seramai 39 pemerhati pilihan raya daripada sembilan organisasi turut terlibat dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan PRK DUN Lamag bagi memastikan ketelusan proses pilihan raya.

SPR turut berharap semua aktiviti kempen yang dibenarkan dapat dijalankan secara harmoni serta mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Menurut Ramlan, SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi sekitar 65 peratus, berdasarkan rekod peratusan pengundi semasa Pilihan Raya Negeri Sabah pada November tahun lalu.

Beliau turut menggesa pengundi supaya keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab sivik masing-masing pada hari pengundian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here