Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan Persekutuan digesa percepat projek tebatan banjir
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerajaan Persekutuan digesa percepat projek tebatan banjir
RUSLAN (dua dari kiri) berbincang dengan Ketua Polis Daerah Beaufort ketika meninjau keadaan kawasan banjir.
BEAUFORT: Kerajaan Persekutuan digesa supaya segera mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir yang telah diluluskan susulan kejadian banjir di daerah ini yang semakin kerap berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata projek berkenaan melibatkan empat lokasi kritikal iaitu Kampung Lubak, Kampung Lupak dan dua kawasan di Kampung Suasa yang dikenal pasti sebagai kawasan tadahan banjir.

Advertisement
“Projek-projek ini amat penting kerana keadaan banjir semakin buruk dengan lebih 14 kejadian direkodkan sepanjang tahun lalu sahaja.

“Pelaksanaan segera diperlukan bagi mengurangkan risiko serta melindungi harta benda penduduk daripada kerugian berulang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ruslan berkata demikian ketika meninjau keadaan banjir dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Kampung Batandok dan Dewan Serbaguna Padas Damit.

Penolong Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan itu berkata fasa pertama kerja-kerja tebatan banjir di Pekan Beaufort terbukti berkesan apabila kawasan seperti bandar lama tidak lagi terjejas akibat banjir.

Advertisement
“Sebelum ini aktiviti perniagaan terganggu teruk namun keadaan itu tidak lagi berlaku. 

“Kita berharap fasa kedua dari Hospital Daerah Beaufort hingga Jambatan Baharu di Kampung Bingkul turut merangkumi kerja-kerja tebatan di empat lokasi terjejas ini,” katanya.

Advertisement
Mengulas mengenai kerugian akibat banjir Ruslan berkata penduduk mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit termasuk kemusnahan tanaman, ternakan dan harta benda peribadi.

“Aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan turut terjejas apabila jalan raya terputus sekali gus menghalang penduduk untuk ke tempat kerja atau menjalankan perniagaan.

“Antara kerugian yang dialami termasuk kerosakan ladang kelapa sawit, kebun sayur-sayuran dan ternakan seperti kambing, ayam serta kerbau selain kolam udang dan ternakan ikan air tawar.

“Kenderaan, peralatan elektrik dan barangan isi rumah turut musnah,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here