Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kolej Teknologi Yayasan Sabah disaran perkenal jurusan AI
Published on: Thursday, January 08, 2026
Published on: Thu, Jan 08, 2026
Text Size:
Text:
 Kolej Teknologi Yayasan Sabah disaran perkenal jurusan AI
Masiung juga menggesa anak-anak muda khususnya di Sabah menyertai bidang AI bagi memenuhi kekurangan pakar dan jurutera dalam teknologi pintar terbabit. 
Kota Kinabalu: Institusi pendidikan tinggi tempatan tiada pilihan selain menerima inovasi baharu kecerdasan pintar (AI) namun menuntut negara menggubal akta kawalan keselamatan akses digital, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah.

Beliau membangkitkan terhadap kebimbangan negara menangani kekurangan lebih 10,000 jurutera pakar AI tempatan di sebalik perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan di peringkat global. 

Advertisement
Katanya walaupun terdapat universiti tempatan menubuhkan fakulti AI tetapi institusi seperti Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) boleh merentasi jurusan AI dalam kurikulum latihan supaya lebih ramai anak kelahiran Sabah menguasai teknologi baharu itu.

Menurutnya pusat latihan termasuk yang di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga mampu menjadikan bidang AI sebagai modul baharu dalam akademik.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagaimanapun, Masiung menegaskan pelatih tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada aspek teknikal tetapi mereka perlu dibentuk dengan jati diri, sahsiah serta nilai moral.

“Bakat dan inovasi dalam kalangan anak Sabah perlu diketengahkan untuk menguasai teknologi tinggi AI bagi memenuhi permintaan pembangunan negeri ini.

Advertisement
“Kepakaran tinggi AI harus dimanfaatkan seiring peredaran masa tetapi nilai moral kemanusiaan tidak boleh diketepikan tanpa undang-undang,” tegasnya.

Masiung berkata AI kini mempunyai pengaruh luas di seluruh dunia seiring revolusi industri dalam tadbir urus pembangunan sesebuah negara.

Advertisement
Beliau menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membangunkan teknologi berasaskan AI merentasi universiti dan institusi pengajian tinggi awam.

Masiung juga menggesa anak-anak muda khususnya di Sabah menyertai bidang AI bagi memenuhi kekurangan pakar dan jurutera dalam teknologi pintar terbabit. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here