Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri pergiat usaha bendung perjudian dalam talian
Published on: Thursday, January 08, 2026
Published on: Thu, Jan 08, 2026
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri pergiat usaha bendung perjudian dalam talian
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mempergiat usaha membendung ancaman perjudian dalam talian yang semakin meningkat menerusi kerjasama lebih erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib (gambar) berkata negeri memandang serius peningkatan aktiviti perjudian dalam talian khususnya kerana kesan negatifnya terhadap golongan belia dan pelajar.

Advertisement
“Perjudian dalam talian bukan sahaja menyalahi undang-undang,malah turut mendatangkan risiko sosial, kewangan dan keselamatan yang besar kepada keluarga serta komuniti,” katanya semasa kunjungan hormat oleh pasukan Penguatkuasa MCMC Sabah yang diketuai Irwan Mohamed.

James menegaskan usaha memerangi perjudian dalam talian memerlukan tindakan bersepadu antara agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri dengan MCMC dan PDRM memainkan peranan utama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
MCMC bertanggungjawab mengawal selia rangkaian dan platform komunikasi, termasuk menyekat laman sesawang, aplikasi serta kandungan yang mempromosi atau memudahkan aktiviti perjudian dalam talian.

Beliau berkata kementeriannya menyokong usaha berterusan MCMC dalam mempertingkat pemantauan, menyekat laman sesawang haram serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi mengehadkan akses kepada platform perjudian.

Advertisement
Sementara itu, PDRM memainkan peranan penguatkuasaan secara langsung melalui siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap sindiket serta individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Menurutnya, kerjasama rapat antara MCMC dan PDRM amat penting bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan berkesan, khususnya terhadap sindiket yang beroperasi merentasi sempadan dan menggunakan kaedah baharu.

Advertisement
Selain penguatkuasaan, James berkata kementeriannya akan memperkukuh program pendidikan dan kesedaran digital dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru mengenai risiko perjudian dalam talian, penipuan siber dan keselamatan internet.

Langkah pencegahan melalui literasi digital, bimbingan kaunseling serta pemupukan nilai-nilai murni juga akan diberi keutamaan seiring dengan tindakan penguatkuasaan.

Kerajaan Negeri turut menyeru semua pihak termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, komuniti setempat, pemimpin masyarakat dan ibu bapa agar memainkan peranan aktif dalam menangani isu ini.

Orang ramai digalakkan untuk membuat aduan berkaitan perjudian dalam talian kepada MCMC dan PDRM melalui saluran rasmi.

James mengulangi komitmen kementeriannya untuk bekerjasama rapat dengan MCMC, PDRM serta agensi berkaitan bagi memastikan ruang siber Sabah kekal selamat, beretika dan kondusif untuk pendidikan serta masa depan generasi muda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here