Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Percepat projek tebatan banjir: Penduduk Rampayan
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
Text Size:
Text:
Percepat projek tebatan banjir: Penduduk Rampayan
ARIS menunjukkan rumahnya di Rampayan yang ditenggelami dalam banjir baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Rampayan Menggatal mendesak agar projek sistem perparitan dan pengorekan sungai Rampayan atau Projek Tebatan Banjir Rampayan dilaksanakan segera, dipercayai sebagai penyelesaian utama terhadap masalah banjir kilat serta kawasan air bertakung yang mengganggu kehidupan harian, terutamanya pada musim hujan.

Wakil kampung, Gundohing Aris Ramlie, berkata sudah tiba masanya kerajaan, termasuk Ahli Parlimen Sepanggar, mengambil tindakan tegas untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah berterusan ini.

Advertisement
“Isu banjir di Kampung Rampayan bukan perkara baru. Setiap kali hujan lebat berlarutan, banyak rumah di kampung ini dinaiki air. 

“Kami sudah berkali-kali memohon kerajaan mempercepatkan kerja-kerja perparitan dan pengorekan sungai Rampayan, namun tiada perubahan signifikan berlaku. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Janji telah dibuat untuk memperbaiki keadaan, tetapi tiada hasil… kami harap kali ini kerajaan serius membantu dan bukan sekadar janji kosong atau janji ‘Tarang Bulan’,” katanya dalam hantaran media sosial.

Aris menyambut baik komitmen Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), untuk menangani isu banjir di kawasan itu, salah satu yang terjejas teruk dalam banjir baru-baru ini.

Advertisement
Mustapha dilaporkan berkata usaha menanggani masalah banjir sedang giat dilaksanakan melalui Projek Tebatan Banjir Rampayan yang kini dalam pembinaan. 

Beliau menambah, peruntukan untuk Fasa 2 projek itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka sederhana dan panjang bagi menangani isu banjir di kawasan terjejas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here