Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kemasukan pelabur pemangkin penting pertumbuhan di Sabah
Published on: Tuesday, January 06, 2026
Published on: Tue, Jan 06, 2026
Text Size:
Text:
Kemasukan pelabur pemangkin penting pertumbuhan di Sabah
Dr Kasim yang juga penganalisis ekonomi memberitahu, kemasukan pelaburan berskala besar berkenaan turut memberi kesan langsung kepada pembangunan industri sokongan seperti perkhidmatan logistik, pembekalan bahan mentah serta pengukuhan ekosistem industri di Sabah.
Kota Kinabalu: Kemasukan pelabur ke Sabah terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perindustrian negeri, sekali gus menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkukuh rantaian bekalan industri tempatan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor (gambar) berkata, sehingga suku kedua 2025, Sabah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM11.368 bilion yang merangkumi pelaburan domestik dan asing dalam sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan Sektor Utama.

Advertisement
“Daripada jumlah tersebut, sektor Pembuatan menerima pelaburan tertinggi sebanyak RM7.472 bilion, diikuti sektor Perkhidmatan RM3.139 bilion, manakala sektor utama termasuk perindustrian, pelancongan dan pertanian menyumbang RM757 juta.

”Pencapaian ini meletakkan Sabah di kedudukan kelima tertinggi penerima pelaburan di Malaysia, mengatasi jumlah pelaburan 2024 sebanyak RM6.458 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dr Kasim yang juga penganalisis ekonomi memberitahu, kemasukan pelaburan berskala besar berkenaan turut memberi kesan langsung kepada pembangunan industri sokongan seperti perkhidmatan logistik, pembekalan bahan mentah serta pengukuhan ekosistem industri di Sabah.

Menurutnya, antara pelaburan utama yang menjadi pemangkin pertumbuhan industri ialah pelaburan fasa satu Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd dari Singapura bernilai RM6.592 bilion bagi pembinaan kilang pembuatan keluli hijau di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang.

Advertisement
“Pembangunan industri berimpak tinggi ini bukan sahaja meningkatkan daya saing ekonomi negeri, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan melalui pewujudan peluang pekerjaan berkualiti dan peningkatan nilai tambah tempatan.

“Kemasukan pelabur strategik ke Sabah meletakkan negeri ini pada landasan yang lebih kukuh sebagai destinasi pelaburan perindustrian, selari dengan keperluan pembangunan jangka panjang dan aspirasi pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, Dr Kasim menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 mampu mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri.  

Katanya, belanjawan tersebut menumpu kepada keseimbangan sosioekonomi, memperkasa modal insan, meningkatkan infrastruktur asas serta memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. 

”Kerajaan mencadangkan anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM6.402 bilion dengan Anggaran Hasil RM6.430 bilion, sekali gus mencatat lebihan belanjawan RM28 juta. 

”Tumpuan belanjawan ini adalah kepada program dan aktiviti berorientasikan pembangunan jangka panjang untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemudahan awam. 

”Belanjawan ini berupaya mendepani cabaran 2026 seiring pengukuhan asas fiskal dan peningkatan pelaburan, didorong oleh pemulihan sektor pelancongan, pertumbuhan aktiviti perdagangan serta peningkatan guna tenaga,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here