Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Wanita maut, lima lagi cedera nahas jalan raya di Lahad Datu
Published on: Monday, December 29, 2025
Published on: Mon, Dec 29, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Wanita maut, lima lagi cedera nahas jalan raya di Lahad Datu
PERODUA Axia yang terlibat dalam kejadian itu.
LAHAD DATU: Seorang wanita berumur 50 tahun maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Fortuner dan Perodua Axia di Jalan Silam, di sini, pada Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang melalui talian NG999 sebelum sepasukan tujuh anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 24 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.

Advertisement
Sebaik tiba di lokasi, komander operasi melaporkan sebuah Toyota Fortuner bertembung dengan sebuah Perodua Axia.

Lima mangsa berada di dalam Toyota Fortuner manakala seorang lagi merupakan pemandu Perodua Axia.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Seorang mangsa yang tersepit di dalam Toyota Fortuner berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu.

Tiga lagi penumpang wanita dalam Toyota Fortuner yang mengalami kecederaan ringan turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement
Seorang penumpang Toyota Fortuner berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 3.29 petang selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here