Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Rumah pekerja, 3 kereta terbakar
Published on: Saturday, December 27, 2025
Published on: Sat, Dec 27, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Rumah pekerja, 3 kereta terbakar
PASUKAN bomba sedang memadam kebakaran itu.
KOTA BELUD: Dua blok rumah pekerja membabitkan 43 pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Rampayan Ulu, di sini, pada Rabu, manakala tiga kenderaan turut dilaporkan rosak. 

Tiada mangsa cedera dalam insiden kira-kira jam 2.15 petang itu.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.17 petang, sebelum tujuh anggota dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, api dilihat merebak dengan cepat kerana struktur rumah jenis tidak kekal (kayu) dan bersambung, namun semua penghuni sempat menyelamatkan diri. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Tiga kenderaan — Perodua Bezza, Proton Persona dan Proton Wira — rosak 11 peratus akibat bahang api,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba berjaya menyelamatkan dua blok rumah pekerja lain yang terdiri daripada empat pintu. 

Advertisement
Operasi menggunakan dua aliran dan empat pancutan air dari jentera serta tangki air dengan teknik pemadaman ofensif dan defensif. 

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.48 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 6 petang.

Advertisement
 “Anggaran kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here