Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Suspek pelumba haram sebabkan kemalangan ditahan
Published on: Saturday, December 27, 2025
Published on: Sat, Dec 27, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Suspek pelumba haram sebabkan kemalangan ditahan
TANGKAPAN layar daripada video tular yang menunjukkan kejadian itu.
LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan lumba haram di persimpangan lampu isyarat berhampiran Lapangan Terbang Lahad Datu pada 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, suspek berusia 21 tahun itu dikenal pasti hasil rakaman video yang tular di media sosial.

Advertisement
“Rakaman tersebut menunjukkan suspek dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD). Tindakan berbahaya itu bukan sahaja mengancam nyawanya sendiri, malah keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Bertindak atas maklumat diterima, polis menahan suspek kira-kira jam 4.15 petang di kediamannya di Felda Sahabat. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dzulbaharin turut menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp Humaidi Harun pada talian 089-881255 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat atau menyalahi undang-undang.

Advertisement
Beliau juga menggesa pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan menjauhi kegiatan lumba haram atau samseng jalanan yang boleh mengancam nyawa mereka dan pengguna jalan lain.

“Polis akan terus melaksanakan operasi bersepadu dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan dikenal pasti sebagai lokasi panas,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here